Tuesday, 10 November 2015

Home-School-Community Agency Partnership


A child's development is influenced by those always aroiund them. Parents, teachers and friends are the important model which the chidlren can make a happy life everyday. So, among of them can make a collaboration to makesure the children in good situation. Parents contribute to children's learning by having high expectations, providing a setting that allows concentrated work. Children needs attention from their family especially parents. Posibly, the children can  show the good reputation in school if their parents always support them. 

Parents have become stronger advocates for the rights of their children, and legal mandates exist for parent involvement in the educational programs of their children. In early education and intervention programs, there has been a movement away from the child as the sole focus of intervention to the family as the unit of intervention. Educators and parents alike now recognize that early intervention, especially intervention with the families of children who have disabilities, is crucial and effective. As known as, early intervention applies to children of school age or younger who are discovered to have or be at risk of developing a handicapping condition or other special need that may affect their development. 

It is very popular these days to talk about parent involvement. There is a list which kind of parent involvement :
  • Parenting - in which schools help all families establish home environments to support children as students.
  • Communicating - in which parents and schools work to develop effective two-way communication between home and school focused on school programs and student progress.
  • Volunteering - in which school recruit and organize parent help and support
  • Learning at home - in which school personnel provide information and ideas to families about how to help students at home with home work and other activities
  • Decision making - in which parents are included in school decisions, serve as leaders and representatives on school committees, task force.
  • Collaborating with community - which families and school personnel work together to identify and intergrate resources and services from the community to strengthen school programs and family practices. 
In other situation, some parents decide to ignore their children and never know anything about their children especially on their study. This bad situation make trouble from the teacher in case if anything happened. This is also being trouble with their children because its make them have no spirit and never make an effort to succeed in academic. So, as a parents they must take full caring for their children because parents the only one closer friend compare to teacher.

...The end...

 

Saturday, 31 October 2015

Menilai Kanak-kanak Prasekolah yang Lembab






Pakar kanak-kanak menyarankan agar kanak-kanak yg mengalami masalah perkembangan perlu dikenalpasti sejak awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur untuk nya. Faktor-faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenalpasti untuk membolehkan pakar-pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat drpd intervensi yg dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa.

Faktor seseorang anak itu lembap ialah mempunyai prestasi inteleknya yang boleh dikaitkan dgn faktor biologi (baka) dan faktor budaya atau kekeluargaan. Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak tetapi tanpa persekitaran yg optimum, kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yg optimum. Jika penilaian terhadap kanak-kanak prasekolah yg lembab dilaksanakan dari awal-awal lagi, program pembelajaran masa depannya dapat diaturkan. Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan anak mereka.

Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yg lembab, pengetahuan dlm bidang patologi pertuturan, dan pendidikan diperlukan. Pakar tersebut juga akan menentukan samada masalah perkembangan yg dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan. Mereka lah yg bertanggungjawab membuat penilaian yang betul.

Kebanyakan ibu bapa yg mempunyai anak yg bermasalah dapat mengesan jika ada sesuatu yg tidak kena pada anak mereka. Dari aspek perkembangan bahasa, mungkin kanak-kanak tersebut tidak boleh menuturkan patah perkataan yg betol. Manakala pada peringkat perkembangan kognitif pula, kanak-kanak tersebut mungkin masih tidak boleh mengeja dan mengenal huruf pada peringkatan yang sepatutnya. Secara umumnya, kanak-kanak yg berusia 3 1/2 tahun yg hanya boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja memerlukan perhatian yg khusus dari ibu bapa dan guru. 

Pemeriksaan perkembangan kanak-kanak prasekolah yg lembab perlu dijalankan utk menentukan tahap perkembangannya dlm aspek spt pergerakan motor halus, kemahiran kendiri dan juga kemahiran sosialnya. Jika dia mempamerkan tingkah laku yg abnormal spt kurang perhatian, terlalu aktif atau tidak mahu bergaul dgn org lain perhatian sewajarnya perlu diberikan kerana ini boleh menjejaskan perkembangan bahasanya. Penilaian awal ke atas kanak-kanak prasekolah yg dikhuatiri lembab akan membantu para profesional, ibu bapa dan jabatan pendidikan menentukan samada boleh ditemoatkan di sekolah biasa, ataupun di sekolah yg menawarkan pendidikan khas supaya perkembangan diri kanak0kanak tersebut terjamin. 

Sekian.

Thursday, 24 September 2015

Kenali Autisme


Autisme berasal drpd perkataan autos yg bererti diri sendiri dan isme yg bermaksud aliran. Jadi autisme bermaksud kanak-kanak yg berada dalam dunianya sendiri. Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun. Kanak2 autisme biasanya mempunyai gangguan dlm komunikasi, masalah dlm interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi.
     Hallahan dan kauffman (1976) menyatakan autisme merupakan satu kecelaruan yg bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sebelum berumur 30 bulan. Kanak2 autisme juga mempunyai masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yg luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dlm bidang matematik atau kemahiran mekanikal, ataupun dalam seni muzik, daya ingatan dan lain-lain. 
     Terdapat pelbagai kajian yg dilakukan utk mencari punca sebenar autisme. Antara punca yg dikatakan autisme ialah autisme disebabkan faktor genetik. Pengaruh genetik menunjukkan adik beradik kpd autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding org lain. Selain itu terdapat faktor sebelum dan selepas kelahiran. Pengambilan ubat penenang spt pil 'talidomida' oleh ibu-ibu mengandung yg mengalami 'mabuk hamil' boleh memberi kesan buruk kepada bayi yg dikandung. Ibu-ibu mengandung yg dijangkiti virus rubela ketika 3 bulan pertama mengandung juga mempunyai risiko tinggi utk mendapat anak autisme. 


Ciri-ciri  Murid Autisme
-> Individu autisme merupakan mereka yg tidak menunjukkan sebarang minat, tidak suka didukung ataupun dipeluk dan kadang-kadang dia menjerit tanpa sebab. Mereka tidak boleh berhubung dgn org dewasa dan menunjukkan minat yg stereotaip. 
-> Murid2 autisme tidak menunjukkan perkembangan bahasa dlm komunikasi spt murid-murid lain. Perkembangan bahasa mereka adalah lambat atau tiada langsung berbanding murid normal. Mereka jarang menggunakan bahasa yg sesuai utk bertutur, sukar diajak bercakap. Mereka kelihatan spt bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan perkara yg dikatakan oleh org lain. Tahap kefahaman bahasanya adalah rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut.
-> Murid2 autisme suka bersendirian. Mereka lebih gemar menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut tertentu. Murid2 ini selalunya menghadapi kesukaran utk berhubung dgn org lain semenjak drpd awal kehidupan. Mereka lebih suka menyendiri dan menyepi serta menghabiskan banyak masa di dlm dunia mereka sendiri.
-> Mereka juga mampu duduk dlm sesuatu keadaan utk jangka masa yg lama walaupun mereka mendengar bunyi tertentu berkali-kali, malah mereka juga mampu melakukan tindakan yg sama berulang-ulang kali. Murid autisme biasanya akan leka bermain dengan sesuatu barang yg diminatinya sehingga berjam jam lamanya. Jika diganggu, muri-murid ini akan mempamerkan tingkah laku yg resah, dan mungkin akan melolong atau menjerit dan cuba sedaya upaya mengahalang objek itu drpd dibawa pergi.
-> Emosi murid2 autisme sangat sukar diramal dan kerap berubah-ubah. Mereka sering ketawa, marah dan menangis tanpa sebab. Mereka juga akan mengamuk di luar kawalan jika kemahuan mereka tidak dituruti atau dilarang drpd melakukan sesuatu yg dihajati. Mereka akan merosakkan apa2 sahaja yg berada di sekelilingnya dan menyerang sesiapa sahaja yg berhampiran jika emosi mereka terganggu.

Dari meja pengarang.
Cik Wawa.

Wednesday, 23 September 2015

Murid Pintar Cerdas dan Berbakat

Konsep Pintar
Individu pintar mempunyai kebolehan, bakat dan personaliti yang berbeza. Walau bagaimanapun, sebahagian besar individu yang dikategorikan sebagai pintar dibezakan drpd individu lain berdasarkan kecerdasan yang superior, yang diukur menggunakan ujia kecerdasan. Menurut Piechowski (1979) mengatakan istilah kepintaran berdasarkan perkembangan yg dapat dicapai seseorang individu dalam keadaan optimum. Kepintaran juga merangkumi bakat istimewa, kebolehan dan keterujaan yg amat mendalam yg diluahkan dlm lima mod iaitu mod psikomotor, mod sensual, mod intelektual, mod imaginatif dan mod emosi. 

Murid-murid pintar cerdas dan berbakat ialah mereka yang mempunyai keupayaan tinggi dalam bidang yg dihargai masyarakat. Murid-murid itu terdiri drpd mereka yg memaparkan pencapaian atau mempunyai potensi kebolehan seperti berikut :

1. Kebolehan intelek umum iaitu kecerdasan yang tinggi berasaskan ujian IQ atau ujian kecerdasan yg lain.
2. Pemikiran yang kreatif atau produktif iaitu kebolehan yg tinggi utk menghasilkan gagasan idea yg baru, dinamik dan bermanfaat.
3. Kebolehan kepimpinan dan sosial iaitu kebolehan yg tinggi dlm menggerakkan org lain utk mencapai matlamat yg sama .
4. Kebolehan seni iaitu bakat yg tinggi dalam bidang lukisan, bacaan al-Quran, ukiran, drama, muzik, atau aktiviti kesenian yg lain.
5. Kebolehan psikomotor iaitu kebolehan yg tinggi dlm bidang olahraga, mekanik atau sebarang kemahiran yg mambabitkan penyelarasan aktiviti motor yg canggih.

Ciri-ciri murid Pintar Cerdas
  • Murid pc (pintar cerdas) mempunyai perasaan curiga dan naluri ingin tahu yg amat tinggi dan pada kebiasaannya hal ini menyebabkan mereka lebih suka dan kerap bertanya.
  • Jika bertanya, mereka lebih berminat untuk mendapatkan jawapan yg baru dan mencabar.
  • Murid pc mempunyai idea-idea baru yg amat kreatif dan kadang kala agak pelik.
  • Murid pc menggunakan sesuatu kaedah atau memberikan cadangan yg tersendiri utk menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Murid pc mudah jemu terhadap sesuatu yg berbentuk fakta terutama yg berbentuk hafalan.
  • Mereka mempunyai daya imaginasi yg amat tinggi, imaginasi yg aktif dan pelik serta mempunyai keupayaan yg tinggi utk merealisasikan imaginasi tersebut.
  • Mereka boleh memahami, bercakap, menulis dan membaca serta berinteraksi dgn orang dewasa pada peringkat umur yg awal.
  • Mereka mampu memproses dan menganalisis maklumat secara lebih matang dan meyakinkan. 

Apa itu 'Disleksia"






Definisi Disleksia.

Menurut Mercer (1991), Disleksia ialah ketidakupayaan yg teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Selain itu, dianggap sebagai kesukaran menggunakan perkataan yg dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa. Ketidakmampuan membaca dalam kalangan kanak-kanak sering diandaikan sebagai kurang cerdik. Padahal kanak-kanak ini berkemungkinan mengalami disleksia. Gangguan yg berupa kesukaran membaca adalah disebabkan oleh kelainan neurologis. Gejalanya ialah kemampuan membaca kanak-kanak berada bawah kemampuan yang sepatutnya dengan mempertimbangkan tingkat kecerdikan, usia dan pendidikannya.
     Disleksia bukan satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yg biasanya dialami oleh kanak2 bermasalah pembelajaran. Lazimnya, masalah pembelajaran yg dihadapi adalah spt mengeja, membaca, menulis dan kemahiran mengira. Oleh sebab itu, disleksia merujuk pada mereka yang menghadapi masalah membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Gangguan ini bukan dalam bentuk ketidakmampuan fizikal, seperti masalah penglihatan, tetapi menjurus pada fungsi otak yang mengolah dan memproses maklumat yg sedang dibaca oleh kanak-kanak tersebut. Kesukaran ini dapat dikesan setelah kanak-kanak memasuki alam persekolahan dalam tempoh yg tertentu.


Punca berlakunya Masalah Murid Disleksia.
  • Gangguan atau kecederaan Otak - Gangguan atau kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi sekiranya ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Gangguan atau kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. 
  • Ketidakseimbangan Biokimia - Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah pelajar hiperaktif yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.
  • Faktor persekitaran - Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra boleh menimbulkan masalah pembelajaran. 

 
Senarai Semak Disleksia
Senarai semak Disleksia terdiri daripada tahap penguasaan kemahiran mengeja, membaca, dan menulis kanak-kanak disleksia.

 Kemahiran Mengeja
Antara senarai semak kemahiran mengeja yang boleh diuji ialah :
1. Mengeja Perkataan Mudah
2. Mengeja Perkataan Tidak Sebagaimana yang dikehendaki
3. Menyusun Abjad Tidak Mengikut ejaan dalam perkataan Sebagaimana yang Sepatutnya
4. Kesilapan Meletakkan Suku Kata dalam Perkataan
5. Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan Bunyi Abjad yang Hampir Sama yang Terdapat dalam Suku Kata.

Kemahiran Membaca
Antara senarai semak kemahiran membaca yang boleh diuji ialah :
1. Masalah membaca Teks Panjang
2. Membaca Perkataan yang mengandungi Vokal Berganding, Diftong, Dan Konsonan
3. Membaca Ayat Panjang

Kemahiran Menulis
Antara senarai semak kemahiran menulis yang boleh diuji ialah :
1. Menulis Perkataan atau Ayat di atas garisan
2. Menyalin Semula Maklumat yang disebut oleh Guru
3. Menyalin Semula Maklumat yang ditulis pada Papan Tulis.

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Disleksia
a. Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik
b. Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
c. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
d. Menentukan kumpulan murid
e. Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar
f. Menentukan strategi, pendekatan, dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
g. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB).
h. Menyediakan bahan Pemulihan Disleksia
i. Menyediakan aktiviti.














 Bagi ibu bapa yang menyedari anak mereka mengalami gangguan disleksia seharusnya menghantar anak mereka menjalani terapi seawal yang mungkin. Pada umumnya kanak-kanak disleksia sering dilabel sebagai pemalas, bebal, bodoh dan sebagainya. Padahal mereka adalah kanak-kanak pintar jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul. Jadi, peranan ibu bapa dalam merancang yang terbaik untuk anaknya.

Friday, 21 August 2015

Ulasan Jurnal : Pencapaian BM Pelajar CP dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)

 Ulasan Akademik
     Di Malaysia pencapaian BM dinilai secara formal melalui peperiksaan. Pelajar CP mengikuti kurikulum yg sama dgn pelajar tipikal dan mereka juga menduduki peperiksaan PMR. Masalah utama pelajar cp adalah kebolehcapaian dalam memperoleh input bahasa yang mencukupi pada usia yg tepat. Bagi kebanyakan pelajar cp dgn ibu bapa tipikal, kemudahan bahasa begitu terhad pada awal kerana bahasa pertuturan dan bahasa isyarat tidak digunakan. Hal ini akan membataskan kemudahan mereka memperoleh makna perkataan melalui maklumat bahasa berbanding pelajar tipikal. Oleh itu, pengetahuan pelajar cp mengenai makna perkataan akan menjadi kurang yg akan menyebabkan kefahaman ke atas kandungan teks menjadi sukar. Tatabahasa pelajar cp juga dilihat sangat lemah berbanding pelajar tipikal. 
     Selain itu, isu berkenaan dengan tahap kesukaran teks yang digunakan untuk menentukan tahap bacaan pelajar. Keadaan ini menyebabkan pelajar cp mengalami kegagalan dalam memproses maklumat linguistik melalui pendengaran . Apabila format PMR terlalu umum, maka pelajar cp ini tidak dapat mentafsirkan setiap maklumat yang diperolehi. Memandangkan pelajar cp sukar memahami perkataan yg abstrak, frasa dan ayat yg terdapat di dlm arahan dan item soalan peperiksaan juga menjadi penghalang bagi pelajar cp ini untuk memahami dan memberi respon terhadap soalan yang diberi. 

Dapatan Kajian:
     Dari dapatan yang diperolehi, menunjukkan bahawa pelajar cp masih lemah dalam menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Kebanyakan pelajar cp menunjukkan pencapaian akademik yang lebih rendah. Bagi pelajar cp, mempelajari Bahasa Melayu merupakan satu kerja yg amat sukar kerana Bahasa Melayu adalah bahasa kedua mereka. Peratusan jelas menunjukkan bahawa pelajar cp menghadapi masalah untuk membaca dan menjawab soalan-soalan berbentuk bahasa. Implikasinya, mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
     Secara umumnya, pelajar cp ini mempunyai idea tetapi mereka tidak berupaya untuk menyampaikan idea-idea tersebut dalam bentuk tulisan. Mereka tidak dapat menguasai perkara asas dalam tatabahasa. Mereka juga jarang menggunakan kata imbuhan dalam penulisan selain dari sistem ejaan. Tiada calon yang mendapat gred A kerana tanpa kecekapan bahasa, pelajar cp sukar untuk berjaya dlm akademik berbanding dgn pelajar lain.

Cadangan :
     1. Pembacaan berulang mampu meningkatkan kefasihan membaca dalam kalangan pelajar cp. Pelajar membaca berulang kali ayat yg pendek dan bermakna sehingga mencapai kefahaman.
     2. Memberi motivasi yg tinggi kepada pelajar cp yg minat membaca kerana kerajinan dan ketekunan seseorang mampu menambahbaik kemahiran bahasa. Peranan guru agar lebih melibatkan diri dan fokus kepada pelajar yg mempunyai kebolehan dalam berbahasa.
     3. Membiasakan pelajar cp ini dengan format peperiksaan supaya mudah mereka mengaplikasikan di dalam peperiksaan yg sebenar.
     4. Melaksanakan program berkaitan dengan bahasa supaya pelajar cp boleh memanfaatkan aktiviti dengan pelbagai program yg berkaitan dengan bahasa.
     5. Melaksanakan ujian dalam bahasa tahap demi tahap bagi pelajar cp mencapai tahap yang memuaskan.

    
  Sekian,

Tuesday, 11 August 2015

Perkembangan Akademik dan Sosial Pelajar CP

PERKEMBANGAN AKADEMIK DAN SOSIAL MURID MURID BERMASALAH PENDENGARAN DALAM PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Jurnal yang bertajuk "Perkembangan akademik dan sosial murid-murid bermasalah pendengaran dlm program integrasi pendidikan khas di Malaysia " ini diambil daripada majalah masalah pendidikan yang diterbitkan pada tahun 2006. Jurnal ini dihasilkan oleh Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mashitah Khalid. Jurnal ini meninjau perkembangan akademik dan sosial murid bermasalah pendengaran dalam program integrasi pendidikan khas di Malaysia dari persepsi guru. 
     Program integrasi menumpukan kepada kognitif dan kemahiran sosial, di mana objektif umumnya ialah untuk : 
  1. meningkatkan kemahiran berfikir yg melibatkan penyelesaian masalah sosial yg dihadapi oleh murid cp (bermasalah pendengaran)
  2. mengajara bagaimana untuk mencari penyelesaian masalah
  3. memperbaiki sosial, emosi, dan penyesuai personal
  4. interaksi dgn guru dan rakan cp
Program integrasi pendidikan khas ini dilaksanakan melalui sekolah khas bagi murid bermasalah pendengaran.Program integrasi dilaksanakan mempunyai pelbagai faktor antara faktornya adalah untuk kognitif dan kemahiran sosial. Pada asasnya pelajar cp mempunyai kebolehan kognitif yg sama dgn kanak-kanak biasa. Walaubagaimanapun, didapati kebanyakan kanak-kanak pekak menunjukkan pencapaian akademik yg lebih rendah. Bagi perkembangan sosial pula, pelajar cp kurang menyerlah berbanding pelajar tipikal dlm interaksi bersama rakan. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar cp merasakan lebih diabaikan dan kurang diterima oleh rakan-rakan lain. serta mereka akan mengasingkan diri.

Dapatan kajian
     Teradapat beberapa persepsi dan tanggapan guru terhadap implikasi program integrasi ini terhadap pelajar cp. Antaranya ialah seperti keadaan komunikasi yg bertambah baik, pencapaian yg baik, keadaan pemikiran pelajar cp dlm menyelesaikan masalah adalah lebih baik dan kemampuan pelajar cp dlm menyelesaikan masalah. 
     Dari segi perkembangan pencapaian pula, kebanyakan guru berpendapat program integrasi ini membantu dlm perkembangan pencapaian. Hasil daripada pencampuran dengan kumpulan pelajar tipikal pelajar cp akan mempunyai kemampuan berbahasa semakin baik. Perkembangan sosial menjadi bertambah baik disusuli dengan penambahbaikan dalam kemahiran berkomunikasi. Pelajar perlu meningkatkan kemahiran sosial bagi memberi kejayaan kepada program integrasi bercampur di antara pelajar cp dengan pelajar normal. 

Kesimpulan
     Persepsi guru terhadap perkembangan akademik dan sosial pelajar cp dlm program integrasi mempunyai perkembangan yg baik terhadap percamouran dgn pelajar tipikal dan berlakunya pergaulan yg baik serta persaingan yg sihat dlm kalangan pelajar normal dan pelajar cp. 

Sekian,

Monday, 10 August 2015

Program Intervensi Awal




 Program Intervensi awal adalah suatu pakej pendidikan yang merujuk kepada perkhidmatan yang diberikan kepada bayi atau kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan.Tidak kira jenis ketidakupayaan apa sekali pun, misalnya: ketidakupayaan pendengaran, penglihatan, pembelajaran dan ketidakupayaan fizikal. Semua ketidakupayaan yg disebutkan perlukan intervensi awal dan ia juga perlu dilaksanakan seawal umur kanak-kanak yakni dari awal kelahiran lagi.
     Istilah intervensi awal juga didefinisikan sebagai suatu proses yg menyediakan perkhidmatan, pelajaran untuk menyokong kanak-kanak khas yg telah didiagnosis mempunyai ketidakupayaan mental dan fizikal serta kanak-kanak yg menghadapi masalah atau terbantut dalam perkembangan mindanya.

Peranan ibu bapa dlm melibatkan diri dalam program Intervensi Awal

Secara umumnya tujuan intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan, dan sokongan kepada kanak-kanak yg berisiko atau yg mengalami kelambatan dlm perkembangan fizikal atau mental yg akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran. Dalam program intervensi awal ini, penglibatan ibu bapa merupakan satu peranan penting yg lebih memberikan kesan positif terhadap anak tersebut. Kajian mendapati anak yg menunjukkan kesan positif yg ketara disebabkan wujudnya penglibatan ibu bapa sepanjang program intervensi dijalankan. Berbeza pula dengan anak yg sering melakukan aktiviti program intervensi tanpa sokongan ibu bapa di mana mereka tiada semangat untuk melakukannya. 
     Ibu bapa menjadi ikon penting kerana mereka adalah orang pertama yg dapat merasakan terdapatnya perkembangan terbantut atau tertangguh pada anak mereka sejak dari kecil lagi dan mereka jugalah yg sering berhadapan dgn t.laku negatif sepanjang berada di rumah. Jadi, mereka mempunyai maklumat serba sedikit tentang perlakuan anak mereka sebelum di hantar ke sekolah untuk menjalankan program intervensi awal ini.
     Terdapat pelbagai peranan ibu bapa dlm melibatkan diri dlm program intervensi awal ini. Antaranya ialah :
  • Sebagai sumbangan maklumat - Tujuan sebenar pemberian maklumat daripada ibu bapa adalah untuk pihak profesional terbabit mengetahui dan mendiagnosis masalah anak mereka dan secara tidak langsung memberi beberapa panduan atau langkah pencegahan supaya anak mereka tidak menjadi lebih teruk di kemudian hari.
  • Mengukuhkan pembelajaran - Ibu bapa menjadi guru dengan meneruskan aktiviti intervensi di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui apa yg dilakukan dan diajar kepada anaknya pada hari tersebut. Maka, mereka dapat mengetahui bahawa samada aktiviti tersebut sesuai atau tidak dengan jenis ketidakupayaan anak tersebut.
  • Memberi sumbangan tenaga dan bahan - Ibu bapa turut memberi sumbangan tenaga dan bahan kpd tempat program intervensi itu dijalankan. Terdapat pelbagai sumbangan antaranya ialah dengan menyediakan alat bantu mengajar, mewujudkan persekitaran yg ceria di dalam kelas. Selain itu juga, ibu bapa boleh menganjurkan lawatan atau perkhemahan bersama dgn guru atau dgn ibu bapa murid berkeperluan khas yg lain. 
  • Mendapat maklumbalas drpd guru - Setelah tempoh program intervensi dilakukan terhadap anak mereka, ibu bapa perlu mendapatkan maklumbalas dari guru berkaitan dgn perubahan tingkah laku anaknya sepanjang berada di kelas. Tujuannya adalah untuk ibu bapa mengetahui keberkesanan program intervensi tersebut dan membuat keputusan samada program intervensi tersebut perlu diteruskan atau yidak. Selain itu, guru akan memberitahu segala perkara berkaitan dgn perkembangan kanak-kanak tersebut hasil dari pemerhatiannya di kelas.
Justeru, program intervensi awal ini perlu dberi perhatian oleh ibu bapa. Walaupun ia dianggap remeh tetapi ia amat memberi kesan positif terhadap anak yang mengalami pelbagai jenis ketidakupayaan. Jika ibu bapa peka dengan keadaan yg dialami oleh anak, maka langkah pencegahan boleh dilaksanakan supaya ia tidak menjadi lebih teruk.

Sekian.


Kaedah Pembelajaran bagi Masalah Bahasa dan Pertuturan

KAEDAH PEMBELAJARAN UNTUK MURID-MURID BERMASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN.


Dalam proses pembelajaran utk berkomunikasi, kanak-kanak akan menggunakan pelbagai strategi utk menyampaikan mesej dan juga memastikan org di sekelilingnya dapat menerima dan memahaminya. Namun begitu, setiap strategi adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak dalam membina bahasa pertuturannya sendiri. antara strategi yang dilakukan ialah :

     a) Peniruan (imitation)
     - Perkembangan awal pertuturan kanak-kanak adalah bermula dgn proses mendengar dan meniru pertuturan org dewasa. Proses peniruan ini kadangkal memberikan impak yg positif dlm perkembangan pertuturan kanak-kanak. Begitu juga dgn kanak-kanak pendidikan khas. Mereka mempelajari sesuatu perkataan adalah dgn meniru semula sebutan ibu bapa, guru, dan ahli keluarga di sekeliling yg sering berkomunikasi dengannya. Cara imitasi atau peniruan yg terbaik untuk  membentuk perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak ialah dgn cara "tiru" dan "terang". Maksudnya di sini ialah ibu bapa atau guru menyebut sesuatu ayat atau perkataan dan diikuti dgn menerangkan juga maksud bagi perkataan atau ayat tersebut.
Misalnya , "itu bas kuning ". kata ibu
                 "bas kuning ? " tanya si anak.
                 "ya, bas kuning akan bawa kamu ke sekolah.
     Perkara yg paling utama dlm proses perkembangan peniruan ialah kanak-kanak belajar berkomunikasi melalui mendengar bunyi huruf dan perkataan dalam bahasa tersebut. Manakala, bagi kanak-kanak bermasalah bahasa dan pertuturan, proses peniruan sama diaplikasikan seperti apa yang berlaku pada kanak-kanak berkeperluan khas. 


     b) Pengukuhan (reinforcement)
Dalam perkembangan awal bahasa kanak-kanak, pengukuhan adalah merujuk kepada bagaimana orang dewasa memberi peneguhan terhadap perkembangan bahasa yang ditunjukka oleh anak-anak mereka dlm pelbagai cara. Begitu juga dgn kanak-kanak yg mengalami masalah bahasa dan pertuturan, setiap dari kemajuan yg mereka tunjukkan perlu memberikan satu peneguhan supaya mereka lebih bersemangat.
     Terdapat pelbagai cara utk memberi peneguhan kpd kanak-kanak iaitu dgn cara memberi pujian tiap kali kanak-kanak tersebut dpt menyebut perkataan dgn betul. Galakan utk bertutur dgn lancar dan betul juga amatlah penting. Cthnya: kanak-kanak yg mengalami masalah gagap, amat perlukan galakan dari guru supaya dapat mencapai suatu tahap yakin utk cuba bertutur dan lebih lancar utk berkata-kata.

     c) Pembetulan (correction)
Pembetulan perkataan juga adalah termasuk dalam kategori peneguhan kerana ia memerlukan respon drpd kanak-kanak tersebut. Namun begitu, pembetulan tidak begitu membantu dalam meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Hal ini kerana pembetulan yang kerap, akan mematahkan semangat kanak-kanak tersebut utk terus bertutur dan berkomunikasi dengan guru. Ia akan merasa rendah diri dan kurang keyakinan utk berkomunikasi. Guru sepatutnya tidak terlalu menegur atau memberi tekanan kpd kanak-kanak yg mengalami masalah pertuturan sekiranya dia melakukan kesalahan dlm sebutan perkataan  atau ayat. kaedah pembetulan dilakukan mengikut kesesuaian ayat, serta kesediaan kanak-kanak tersebut.

Oleh yg demikian guru tidak seharusnya terlalu memaksa atau cuba utk membetulkan kesalahan sebutan atau perkataan yg dilakukan oleh kanak-kanak sekiranya mereka berkali-kali gagal membetulkan kesalahn tersebut. 

Sekian,

Saturday, 8 August 2015

Hak Pekerjaan bagi Golongan OKU


Faktor yang menghalang Golongan OKU memperoleh pekerjaan

     Seperti sedia maklum hanya 1% sahaja peluang yg ditawarkan kepada OKU. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar yg telah mempunyai kemahiran vokasional tidak merasai pengalaman utk bekerja seperti orang lain. Selain itu juga, disebabkan oleh tahap potensi diri pelajar yg mempunyai masalah pembelajaran yg tidak mencapai tahap yg dikehendaki oleh majikan. Pendek kata tidak sampai 1% pun tahap potensi mereka yg membolehkan mereka diterima oleh majikan. Perkara ini terjadi disebabkan mereka tidak cukup lagi kemahiran yang dipelajari dan hasil yang diperolehi tidak memuaskan hati majikan. Di samping itu juga, masalah ini juga berkaitan dengan sikap majikan yang kurang yakin dgn tahap kebolehan yg ada pada pekerja tersebut. Ini termasuk hal-hal yg berkaitan seperti tidak boleh menyiapkan kerja pada masa yg ditetapkan, tidak boleh bergaul dgn pekerja normal dan cara mereka berkomunikasi. Faktor yg lain pula ialah masyarakat sekitar yg masih memandang rendah terhadap golongan ini. Hal ini mungkin kerana mereka tiada pengetahuan dalam menilai pekerja yg di kalangan orang kurang upaya (OKU). Jika hal-hal sedemikian berterusan, sampai bila-bila golongan ini tidak dapat merasai pengalaman bekerja dan semakin hari semangat mereka akan pudar.
     Memandangkan golongan OKU ini, kebanyakan mempunyai masalah pembelajaran, mereka mempunyai masalah kognitif dan sukar melakukan kerja tanpa bimbingan, maka mereka sukar untuk berusaha mencari peluang pekerjaan yg wujud. Pada masa kini, era teknologi semakin canggih dan penggunaan teknologi turut menjadi keperluan utama bagi setiap manusia. Mereka bukan sahaja tidak mengetahui malah tidak mahir dalam menggunakan peralatan tersebut. Situasi ini menyebabkan mereka sukar untuk mencari peluang pekerjaan yg terdapat dlm laman web yg memerlukan mereka mempunyai kepakaran dalam komputer. 
     Seterusnya ialah berkaitan dengan intrapersonal dan interpersonal dalam pelajar bermasalah pembelajaran ini. Mungkin apabila terjadinya gabungan pekerjaan antara pekerja normal dan pekerja khas ini, akan menyebabkan beberapa konflik, lebih-lebih lagi apabila pekerja normal itu tidak mempunyai pengetahuan dalam menilai pelajar khas. Apa yg dapat diperhatikan pekerja OKU sering mengalami masalah berinteraksi dgn pekerja normal. Hal ini berlaku kerana mereka memandang rendah dengan tahap kebolehan pekerja OKU. Rata-rata golongan OKU juga mempunyai ketidaksempurnaan fizikal. Namun mereka ada kelebihan tersendiri yang pekerja normal pun tiada. Justeru, sebagai masyarakat majmuk kita perlu menerima dan memandang positif terhadap golongan ini. Menjadi OKU tidak bermakna tidak mampu berdikari sendiri, bahkan mereka lebih mampu mencari wang sara hidup dengan menggunakan daya usaha sendiri. 

Sekian,
<Pekerja normal.>

Ulasan Jurnal : Masalah Sosio-Emosi Kanak-kanak Pintar Cerdas

Artikel yang bertajuk "Masalah Sosio-Emosi Kanak-kanak pintar Cerdas" ini diambil daripada majalah Masalah Pendidikan yang diterbitkan pada tahun 2005 di Universiti Malaya. Artikel ini ditulis oleh Ng Sen Fa dan Sandiyao Sebestian. Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas secara umum. Artikel ini merangkumi beberapa elemen yg berlaku sepanjang penglibatan golongan pintar cerdas ini di kalangan masyarakat. Antara elemen yang didedahkan ialah spt ciri-ciri positif dan negatif kanak-kanak pintar cerdas, suasana pembelajaran dan kaedah pengajaran yg dilaksanakan di sekolah serta cara golongan pintar cerdas ini bergaul dgn rakan sebaya atau orang disekitarnya. Setelah dikaji, masyarakat sekitar termasuk guru itu sendiri yg kurang penegtahuan tentang kanak-kanak pintar cerdas ini dan bagaimana cara untuk mengelolakan t/laku mereka sepanjang berada di kelas. Ibu bapa mahupun guru tidak arif dan masih tidak mengetahui cara yang efektif supaya golongan ini dapat hidup secara normal spt kanak-kanak lain. 
     Dalam artikel ini, perkara yg paling difokuskan ialah tentang bagaimana golongan kanak-kanak pintar cerdas ini bertingkah laku dan cara kemahiran berkomunikasi sepanjang berada di kelas. Dapatan kajian mendapati mereka mempunyai perbezaan yg nyata berbanding kanak-kanak normal yg lain. Hal ini menyebabkan kanak-kanak normal yg lain memandang rendah terhadap mereka dan akibatnya mereka dipinggirkan dan potensi diri terbantut sahaja walhal mereka mempunyai keistimewaan sendiri yg tidak dipunyai oleh kanak-kanak lain.
     Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yg mempunyai kebolehan mental yg jauh lebih aktif berbanding rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian mereka tidak dapat menyesuaikan diri dgn sistem pendidikan yg sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana mereka mempunyai perbezaan dari segi keperluan, motivasi, dan tahap kognitif. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab dalam mengatur beberapa strategi termasuk mengubahsuai jadual pengajaran atau melibatkan ibu bapa dlm hal ini supaya dapat berkongsi maklumat berkaitan dgn tabiat mereka sepanjang berada di rumah dan mencadangkan program yg bersesuaian supaya kanak-kanak tersebut tidak diabaikan.
     Berlainan dgn keadaan di luar negara di mana kanak-kanak pintar cerdas di sana telah diberi tumpuan sejak dari awal persekolahan lagi mereka telah dimasukkan ke sekolah seawal umur 5 tahun, dan pada tahap tersebut mereka sudah mahir membaca dgn lancar tanpa bimbingan. Apa yg menarik, mereka tidak pernah mengetahui bagaimana proses pembelajaran yg betul utk menjadi pelajar cemerlang dan selalunya mereka akan belajar tentang sesuatu topik secara mendalam. 
    
Dalam artikel ini, ada diselitkan tentang kajian kes yg berlaku ke atas seorang kanak-kanak pintar cerdas yg bernama Joshua. Joshua mengalami masalah emosi dan tingkah laku sepanjang berada di kelas semata-mata hanya kerana masyarakat sekitar tidak mengetahui keadaan sebenar tentang dirinya. Kesannya, Joshua tidak disenangi oleh rakan-rakan dan sering dipinggirkan kerana sering melakukan perkara yg berlainan dgn org lain. Oleh kerana itu, Joshua suka menyakiti hati kawan-kawannya dan juga bersikap suka menunjuk nunjuk utk mendapat perhatian dan penghargaan. Masalah penyesuai diri dan masalah komunikasi menjadi antara punca Joshua tidak diterima oleh orang sekitarnya termasuklah rakan-rakan sebaya dan guru. Kesannya bakat yang ada tidak sapat ditonjolkan dan sentiasa mempunyai emosi yg tidak stabil kerana tidak gembira berada di sekolah. 

Ulasan Akademik

Jika dilihat dari segi akademik kanak-kanak pintar cerdas mempunyai lebih tinggi tahap kecerdasan berbanding kanak-kanak lain. Sebagaimana yg kita fahami, fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yg ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar utk berkembang. Dalam hal ini, kanak-kanak pintar cerdas mempunyai perbezaan rangsangan ketika menerima input yg diajar oleh guru, di mana mereka akan bertindak secara kreatif utk menyimpan maklumat yg diterima ke dlm otak mereka utk jangka masa yg panjang. Bagi menyelesaikan tugasan yg diberikan oleh guru pula,kanak-kanak pintar cerdas kebih suka melakukan tugasan yg mencabar berbanding tugasan yg hanya dapat disiapkan dgn mudah. Hal ini disebabkan mereka mempunyai pemikiran yg kreatif, unik dan idealistik. Dalam menjalani tugasan golongan ini akan mendedahkan sesuatu maklumat itu dgn mendalam supaya dapat difahami oleh guru. Akan tetapi mereka mempunyai beberapa sikap negatif di mana mereka mempunyai jangkaan dan keyakinan yg tinggi terhadap hasil kerja mereka serta tidak suka dikritik. Hal ini kerana pada tanggapan mereka bahawa mereka sudah melakukan tugasan yg terbaik dan tiada sebarang kesalahan yg wujud. 

Strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
  • Memahami ciri-ciri pelajar pintar cerdas terlebih dahulu - Seperti sedia maklum, pelajar pintar cerdas adalah golongan yg mana kebolehan mereka jauh lebih tinggi drpd rakan sebaya mereka. Oleh yg demikian, terdapat pelbagai perbezaan yg wujud dan tindak balas samada positif atau negatif yg berlaku di dlm kelas. Justeru, sebagai guru, mereka perlu memahami setiap t/laku yg ditunjukkan. Guru perlu mengajar satu topik pengajaran yg meliputi tajuk yg meluas dan memerlukan maklumat yg banyak.
  • Penilaian tidak formal di dalam bilik darjah - Bagi pelajar pintar cerdas, satu ujian akan diberikan selepas sesi satu topik pengajaran yg diajar. Pelajar yg memperoleh skor 80% akan diuji dgn tajuk topik pengajaran lain yg lebih mencabar. Selain itu, mereka diberi satu projek khas yg berkaitan dgn satu tajuk yg lebih merangkumi pelbagai maklumat secara meluas. Hal ini bersesuaian dgn ciri-ciri pelajar pintar cerdas yg mempunyai kebolehan belajar yg meningkat serta minat yg ketara terhadap sesuatu perkara baru dlm hidup mereka. Usaha ini dapat mewujudkan pemikiran yg aktif serta dapat mengelakkan perasaan bosan di dalam kelas.
  • Pengajaran berpusatkan pelajar - setiap tajuk yg di ajar perlu dilaksanakan mengikut apa yg diminati oleh pelajar tersebut. Selain lebih berfokus ke arah minat minat mereka, sikap berdikari juga secara tidak langsung dapat diserapkan dlm nilai hidup mereka. Strategi ini menguji bagaimana mereka berdikari dan berusaha utk mencari topik yg bersesuaian dgn minat mereka. 
Cadangan kepada guru
  • Mewujudkan kumpulan kecil di dalam kelas supaya dapat berkongsi maklumat dgn menyumbang idea masing-masing
  • Melibatkan diri dalam seminar atau pameran yg merangkumi tajuk yg tidak dipelajari di dlm kelas atau luar dari senarai kurikulum.
  • Menggalakkan penglibatan diri dgn pelajar normal yg lain supaya dapat mewujudkan perkongsian pendapat dan persefahaman
Kesimpulan

     Setelah meneliti artikel ini, terdapat beberapa cabaran yg perlu dihadapi oleh golongan pintar cerdas ini. Antaranya ialah perkembangan pendidikan yg perlu diuabh supaya dapat memenuhi keperluan perkembangan diri pelajar. selain itu, peranan pendidik yg perlu mengubah strategi pengajaran dan pembelajarn sepanjang menghadapi respon pelajar drpd proses pembelajaran yg dilakukan di mana pelajar pintar cerdas memerlukan bantuan dan bimbingan pendidik. maka pihak yg berkaitan perlu faham dan kenalpasti setiap keperluan tersebut supaya bakat yg mereka ada tidak terbantut begitu sahaja.
 

Friday, 7 August 2015

Ulasan Jurnal : Kaedah Menangani Kanak-kanak bermasalah Tingkahlaku


Jurnal yang bertajuk "Kaedah Menangani Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku" ini dipetik daripada majalah Seminar Kaunseling Keluarga 2008 yang diilhamkan oleh 3 orang pensyarah daripada Fakulti Pendidikan, UTM. Jurnal ini lebih mengupas dan mengenalpasti kaedah untuk menangani kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. Berdasarkan hasil pembacaan didapati jurnal ini lebih memfokuskan kepada kanak-kanak normal akan tetapi pada hakikatnya masalah tingkahlaku juga kerap dilakukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini kerana mereka mempunyai kepelbagaian tingkahlaku yang negatif berbanding positif. Pihak-pihak yang terbabit perlu melaksanakan beberapa strategi untuk mengurangkan tingkah laku mereka walaupun mengambil masa yang panjang. 
     Di dalam jurnal ini, ia menyentuh tentang beberapa aspek yang berkaitan dgn tingkah laku kanak-kanak tersebut. Antara aspek yang diutarakan ialah seperti kriteria utk mengenalpasti masalah t/laku, faktor penyebab, kaedah menangani dan contoh situasi yang berlaku. Jika dilihat dari segi kaedah menangani tingkah laku, ia amat berbeza di mana jika dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas, ia lebih berbentuk modifikasi t/laku yg dilakukan utk mengubah tabiat kanak2 tersebut kpd menjadi lebih baik.
     Apa yang dapat diulaskan daripada jurnal ini ialah tentang masalah t/laku kanak2 yg bermasalah. T/laku bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah suatu keadaan yg biasa terjadi dlm kalangan kanak-kanak dan remaja yg bermasalah khususnya mereka yg mengalami masalah pembelajaran yg kritikal. Antara kategori masalah pembelajaran kritikal ialah seperti Hiperaktif, autisme, terancat akal dan epilepsi.

Ulasan akademik
     Berdasarkan dapatan yang diperolehi drpd jurnal, terdapat beberapa faktor yg dikenalpasti dan yang perlu diambil kira semasa menilai samada t/laku itu normal atau tidak normal melalui beberapa aspek iaitu kekerapan berlakunya t/laku di mana semasa proses pembelajaran berlaku guru memerhatikan kekerapan t/laku yg dilakukan oleh murid samada berlaku dgn kerap atau hanya berhenti selepas dimarahi guru. Aspek yang lain pula ialah dari segi kekuatan t/laku pelajar tersebut menerusi kesannya terhadap proses pengajaran di dlm kelas. Selalunya, t/laku yg berbentuk ganas atau agresif pasti akan menimbulkan kekecohan di dlm kelas dan secara tidak langsung akan menjadi punca ketidakselesaan dgn murid yg lain.
     Dalam skop pendidikan khas murid-murid tersebut melakukan t/laku yg amat keterlaluan sehingga sukar dikawal. Ia hanya boleh dikawal melalui beberapa strategi dan pendekatan yg dilakukan oleh pihak yg berkaitan spt guru dan ibu bapa. Oleh yg demikian, objektif pengajaran tidak dapat di sampaikan walaupun menerima respon positif drpd murid. Dalam melayani t/laku murid bermasalah pembelajaran tahap kesabaran yg tinggi perlu ada dan tindakan agresif terhadap murid tersebut perlu dielakkan. Antara jenis t/laku yg dipamerkan ialah seperti t/laku  yg mengganggu, suka mengejek, tidak mendengar arahan guru serta merayau-rayau. Bagi t/laku yg berulangan pula seperti tabiat yg sering dilakukan oleh kanak-kanak autistik di mana gemar memusing roda, atau menanya soalan berulang kali. T/laku agresif pula seperti mencederakan org lain, merosakkan harta benda atau selalu menjerit. Tabiat ini sering menimbulkan kekecohan di dalam kelas. 
     Justeru itu, bagi murid bermasalah pembelajaran utk mencapai tahap kejayaan akademik adalah amat sukar. Hal ini disebabkan faktor t/laku mereka yg agak tidak terkawal dan tidak mahu mendengar arahan guru dan ibu bapa. Walaupun pelbagai kaedah mengajar dilakukan, namun murid-murid tersebut masih tidak dapat menerima apa yg dipelajari di sekolah utk jangka masa yg panjang. Di samping itu juga, bergantung kpd suasana di dlm kelas yg merupakan punca ketidaksampaian objektif pengajaran tercapai. 

Strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
     Berdasarkan kpd jurnal, kaedah menangani t/laku lebh memfokuskan kpd keadaan pelajar secara umumnya, iaitu mengaitkan dgn peranan sistem kekeluargaan, kemahiran keibubapaan, pendidikan anak-anak, pendekatan terapi dan pendekatan bersepadu. Untuk menangani masalah t/laku murid2 berkeperluan khas pula memerlukan pendekatan dan teknik yg bersesuaian memandangkan mereka mempunyai tahap intelek yg rendah. Kaedah menangani t/laku ini mempunyai dua aspek iaitu samada meningkatkan atau mengurangkan t/laku tersebut. Terdapat beberapa strategi dlm meningkatkan t/laku positif di kalangan kanak-kanak khas antaranya ialah seperti peneguhan positif, pembentukan, modeling, ekonomi token dan lain-lain. Peneguhan positif ialah proses pemberian ganjaran kpd t/laku yg sesuai. 

Implikasi terhadap murid
     Merujuk kepada jurnal yg dikaji ini, kaedah untuk menagani t/laku lebih kpd kaedah yg bersifat holistik di mana semua pihak yg rapat dgn murid mengambil peranan masing-masing dalam memastikan berlakunya perubahan t/laku negatif terhadap seseorang. Antara pihak yg bert/jawab ialah seperti dlm sistem kekeluargaan iatu sendiri, pihak ibu bapa serta teknik pendedahan pendidikan yg dilakukan kpd murid tersebut. Tahap penerimaan diri kanak-kanak berkeperluan khas ini berada di tahap yg rendah memandangkan mereka menganggap diri mereka tidak berguna dan kerap menyusahkan org lain termasuk pihak yg terdekat. Akibat drpd persepsi itu, mereka sering mengasingkan diri dan melakukan t/laku yg pasif di mana ia bertujuan utk menarik perhatian org di sekeliling dan melakukan sesuatu agar diberi keutamaan.

Cadangan
  • Sewajarnya setiap guru pendidikan khas disarankan supaya dapat memahami t/laku yg wujud dlm diri setiap anak muridnya. Hal ini memudahkan guru utk menangani masalah t/lau pasif melalui beberapa kaedah yg bersesuaian supaya tidak mengganggu suasana pembelajaran di dlm kelas.
  • Kaedah-kaedah yg dilakukan utk menangani masalah t/laku pasif murid-murid khas haruslah mampu memberi keberkesanan dan kesesuain. Sebelum melakukan kaedah tersebut, guru terlebih dahulu perlu melakukan pemerhatian utk mengetahui kekerapan t/laku yg dilakukan di dlm kelas. Apabila guru sudah dapat menengenalpasti, barulah kaedah dirancang dan bersesuaian dgn hukuman yg dikenakan.
  • Pihak ibu bapa perlu bert/jawab dlm melayani karenah dan mengetahui bagaimana kaedah terbaik utk mengurangkan t/laku pasif mereka. Ibu bapa serta ahli keluarga yg lain perlu memberi sokongan yg padu supayan mereka tidak merasa tersisih dan sentiasa bersemangat utk belajar sesuatu yg baru dan meningkatkan prestasi dlm bidang masing-masing.
Kesimpulan
     Hasil drpd kajian terhadap jurnal ini didapati terdapat perbezaan dlm menangani t/laku pasif antara golongan normal dan golongan berkeperluan khas. Oleh yg demikian, pihak yg tertentu spt ibu bapa atau keluarga dan guru perlu mengetahui dan memerhatikan setiap t/laku yg dilakukan dan melakukan pemerhatian sekiranya terdapat perubahan t/laku.Kaedah-kaedah yg dilaksanakan perlu bersesuaian dan mendatangkan keberkesanan yg positif. Disamping itu juga, sistem kekeluargaan menjadi aspek penting dlm mendorong kpd perubahan t/laku kanak-kanak ke arah kebaikan supaya dpt mengembangkan potensi diri masing-masing.

Thursday, 6 August 2015

Pengetahuan Seks bagi pelajar CP.Adakah rasional ?

Baru-baru ini guru-guru cp dikejutkan dengan kegiatan buruk yang dilakukan oleh pelajar cp. Kegiatan negatif yang selama ini mereka sembunyikan diketahui apabila seorang daripada pelajar tersebut membocorkan cerita dan menceritakan segala-galanya. Rahsia demi rahsia mereka kami selidik dan segala tindakan mereka akhirnya terbongkar dan kami tahu siapa dalangnya.Kami sebagai guru tergamam seketika dan berfikir terus berfikir hukuman yang wajar dikenakan terhadap pesalah.
     Mereka lakukan kegiatan tersebut secara berkumpulan dan berjemaah di asrama. Patutlah apabila waktu mengajar mereka kelihatan sangat mengantuk. Rupa-rupanya mereka mempunyai aktiviti di malam hari. Bukan membaca, bukan menonton tv, apatah lagi bukan beribadat...tetapi mereka asyik dan seronok menonton video lucah melalui handphone masing-masing. Segala bukti telah dijumpai. Hasilnya, kami berjaya merampas semua handphone pelajar2 tersebut dan kami membuka dan memang sah dan terbukti segala-gala macam video lucah yang menggiurkan menjadi tontonan mereka saban hari. Uishhh....dashyat sungguh pelajar cp ini. Walaupun tahap pemikiran pada aras rendah tetapi bab2 seks memang advance.
     Sememangnya kehendak seks merupakan fitrah semulajadi setiap manusia, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira cacat pendengaran atau penglihatan. Semua manusia dianggap normal jika mempunyai kehendak tersebut dan jika sebaliknya dikatakan abnormal. Namun, persoalannya sekarang wajarkah pada tahap masih bersekolah didedahkan dengan unsur-unsur seperti menonton video lucah. Adakah semangat ingin tahu mereka yang terlampau mendorong mereka untuk melakukan aktiviti tersebut dengan sesuka hati ? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam isu ini. Tidak disangkal lagi, pelajar normal turut melakukan perkara yang sama malah lebih dashyat. Pihak yang bertanggungjawab perlu lebih peka dan mengawasi gerak laku pelajar-pelajar seperti ini kerana berkemungkinan semangat ingin tahu mereka itu akan mendorong mereka membuat eksperimen kepada diri sendiri setelah kerap kali menonton video lucah tersebut.
     Perkara yang lebih menjadi kemusykilan,  sebagai guru sains perkara yang dapat diperhatikan ialah bab persenyawaan antara bab yang mudah untuk mereka kuasai. Pelajar cp ini paling cepat memberi respon. Jadi, kesimpulannya mereka memang berminat dengan tajuk ini.
     Setelah disiasat, terdapat beberapa sebab yang mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut.
  1. Faktor rakan sebaya - Seorang pelajar yang memang mempunyai latar belakang keluarga yg bermasalah dan menyebabkan dia terlampau bebas bergaul dengan rakan-rakan di kalangan samseng. Jadi pengaruhnya terbawa-bawa sehingga di kalangan rakannya di asrama.
  2. Di asrama tiada pihak yang mengawasi dan peka dengan tindakan luar kawalan mereka.
  3. Tiada aktiviti yang berfaedah yang dapat dilakukan di asrama. Seperti sedia maklum mereka malas dalam bidang akademik dan berminat dgn aktiviti luar
  4. Membawa handphone sesuka hati 
  5. Rasa ingin tahu lebih mendalam dalam seks.
  6. Jauh dari keluarga.
Dalam isu ini, perlu dipandang serius kerana walaupun perkara ini dianggap remeh namun perlu ada tindakan awal supaya tidak menjadi lebih teruk di kemudian hari. Guru-guru cp perlu peka dengan tindakan pelajar tersebut yang luar biasa. Semoga dengan kes seperti ini, guru lebih prihatin dengan perbuatan mereka.

Sekian
Guru Prihatin.
     
    

Tuesday, 4 August 2015

Pendekatan, Kaedah dan teknik pembelajaran bagi pelajar bermasalah pendengaran


Guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan terhadap pelajar cp ini. Guru yg mengajar pelajar cp ini perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yg lebih interaktif bagi menarik minat untuk belajar. Kecanggihan teknologi kini seharusnya dimanfaatkan oleh guru utk mengajar pelajar cp yg mempunyai kelemahan dari segi bahasa. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yg dilaksanakan oleh guru semasa sesi pengjaran dilaksanakan bersesuaian dgn tahap kognitif pelajar tersebut. Hal ini bertujuan supaya objektif pengajaran tercapai. Antaranya kaedah pengajaran dengan cerita interaktif (interactive storytelling) yang mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria. Kaedah pengajaran ini lebih berbentuk visual. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam bentuk visual perlu digalakkan memandangkan mereka mengalami kekurangan dari segi penerimaan maklumat dan kefahaman ayat. Pelajar cp tidak dapat begitu memberi respon yg positif jika guru menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional iaitu jikalau guru hanya menggunakan kemahiran menerangkan dan bersoaljawab di dalam kelas. Peluang untuk komuniti pekak belajar adalah luas dan tiada terbatas. Komuniti pekak lebih berfokus kepada kaedah visual yang lebih menekankan kepada imaginasi pelajar itu sendiri kerana mereka tidak boleh berkomunikasi.
     Kelebihan yang diperolehi ketika penggunaan kaedah visual digunakan semasa pdp ialah :
     1. Pelajar cp dapat memahami dgn lebih jelas apa yg disampaikan oleh guru.
     2. Pelajar cp tidak perlu menghafal hanya melihat dan mengingati perkara yg ditunjukkan secara visual.
     3. Guru boleh menekankan bahagian mana yg perlu dihafal dan mudah untuk memberi penerangan
     4. Apa-apa jua perkara, penggunaan visual tersebut akan dirujuk semula
     5. Menetapkan objektif pengajaran dgn lebih fokus.

Kepelbagaian pengajaran yg digunakan bergantung kepada keperluan seseorang guru tersebut dalam mencapai objektif pengajaran. Perkara pertama yg perlu diketahui oleh guru ialah kelemahan pelajar tersebut. Jika guru sudah boleh nampak dan menilai potensi pelajar maka, guru boleh melaksanakan kaedah pengajaran yg sesuai. Pelajar akan rasa seronok untuk belajar dan terus belajar.

Sekian.

Masalah bahasa di kalangan Pelajar CP


Seperti sedia maklum, pencapaian pelajar CP (masalah pendengaran) dalam bidang akademik masih lagi berada pada tahap lemah. Keadaan ini berlaku disebabkan penguasaan bahasa mereka yang lemah. Kajian juga mendapati bahasa yang digunakan oleh pelajar CP bukan sahaja berlainan tetapi hasil penulisan mereka juga turut berbeza akibat kesan daripada menggunakan bahasa isyarat dalam kehidupan seharian. Punca yang dikenalpasti ialah kemahiran membaca yang rendah menjadi faktor pelajar CP tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Dalam mewujudkan komunikasi antara manusia, penguasaan bahasa yang baik dan berkesan perlu wujud supaya maklumat dapat sampai kepada penerimanya.
Penggunaan  Bahasa isyarat yang mempunyai 2 jenis iaitu Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia.(BIM). KTBM lebih kepada bahasa isyarat formal yang digunakan dalam pdp di sekolah manakal BIM lebih dikenali sebagai 'bahasa pasar' yang pelajar-pelajar CP ini gunakan dalam perbualan antara mereka. Kedua-dua kod mempunyai kelebihan dan kekurangan. Walaubagaimanapun, untuk membiasakan pelajar CP berbahasa dengan komunikasi yang berkesan penggunaan KTBM amat digalakkan. Namun, mereka tetap fasih menggunakan BIM kerana sudah terbiasa.

Hanafi dan Chong (2010) menyatakan bahawa pendengaran memainkan peranan yg penting dlm kehidupan manusia kerana ia merupakan komponen yang penting untuk manusia memahami dan menguasai pertuturan dan komunikasi. Bagi golongan yang bermasalah pendengaran atau mengalami pekak, mereka telah mewujudkan peraturan bahasa yang diciptakan oleh mereka sendiri iaitu bahasa isyarat di mana kaedah tersebut adalah cara untuk menyampaikan maklumat kepada si penerima.
     Bagi proses pengajaran terhadap pelajar cp, wujud permasalahan di mana pelajar ini sukar menguasai bahasa dengan baik. Masalah utama pelajar cp adalah kebolehcapaian dalam memperoleh input bahasa yg mencukupi pada usia yang tepat.  Oleh itu, pengetahuan pelajar cp mengenai makna perkataan akan menjadi berkurangan yang menyebabkan kandungan kefahaman ke atas kandungan teks menjadi sukar.
     Isu yang sering menjadi masalah dalam penguasaan bahasa ini adalah berkaitan pelajar cp yg melibatkan tatabahasa. Selain itu juga, kelemahan menggunakan sebutan, maksud dan hubungannya dalam perkembangan bahasa. Kesemua isu ini dianggap berat dan menjadi penghalang utama bagi pelajar cp ini untuk menguasai bahasa. Kajian oleh Izani Haji Daud (1995) mendapati bahawa penggunaan bahasa dalam karangan pelajar cp adalah di tahap lemah. Hal ini memang diakui oleh kebanyakan guru-guru cp yg turut merasai tekanan dalam melatih dan mengajar mereka berkenaan dengan pembinaan ayat yang baik. Isu ini semakin lama menjadi lebih teruk kerana memberi kesan juga kepada semua subjek yang dipelajari.
     Antara faktor penyumbang kepada kelemahan dalam penulisan di kalangan pelajar cp adalah kerana mereka terbawa bawa sikap berkomunikasi mereka ke dalam penulisan sama ada berbentuk formal atau pun tidak. Hal ini menyebabkan mereka menghasilkan karangan dengan penggunaan ayat-ayat yang tidak gramatis. Jika diperhatikan juga, semasa berkomunikasi di dalam bahasa isyarat pun mereka masih tidak dapat menggunakan ayat dengan baik. Masih lagi memerlukan kefahaman yang tinggi untuk memahami setiap bahasa yg ditunjukkan. Hanya orang yang betul-betul memahaminya sahaja dapat mentafsirkannya.
     Perkara utama yang perlu diketahui ialah kelemahan pelajar ini untuk memahami setiap ayat. Hasil kajian mengenai analisis dapatan temubual yg dijalankan ialah memperlihatkan bahawa pencapaian pelajar cp dlm akademik adalah sangat lemah. Perkara ini terbukti kerana langkah pertama untuk menyampaikan maklumat dgn baik adalah perlu memahami suatu perkataan terlebih dahulu. Apa yg dapat diperhatikan ialah pelajar cp langsung tidak memahami ayat yang dibualkannya dan hanya menyampaikan bahasa yg diciptakan oleh mereka sendiri. Hal ini disokong oleh kajian Syamsinar 2013 yg menyatakan bahawa kefahaman terhadap pengajaran guru menggalakkan lagi penglibatan pelajar di dalam kelas.
     Penguasaan bahasa yang baik dapat menjamin pelajar cp ini untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Walaupun mereka menggunakan bahasa isyarat dalam berkomunikasi, sewajarnya mereka harus mencapai aras penguasaan bahasa dengan baik. Kemahiran ini perlu ditekankan sejak berada di sekolah lagi. Pihak guru perlu mengadakan satu subjek khas untuk mempelajari bahasa sebaiknya. Dan dlm subjek tersebut perlu ada aras-aras bahasa yang perlu lulus. Jika pelajar tersebut lulus barulah pergi ke aras seterusnya. Sememangnya isu ini dianggap remeh, akan tetapi ia perlu diberi perubahan supaya tidak mendatangkan kesan yg berpanjangan kepada individu tersebut. Hal ini kerana, selepas sekolah pelajar cp ini akan meneruskan kerjaya dgn memerlukan penguasaan komunikasi dan penulisan dengan baik. Jika dari sekarang tidak diperbetulkan maka agak tipis pelajar cp ini untuk meneroka kepelbagaian bidang yg ada.

Sekian dari,
Pendidik Pelajar CP

Monday, 3 August 2015

Strategi Intervensi untuk murid bermasalah Bahasa dan Pertuturan

Terdapat pelbagai cara atau strategi pembelajaran untuk mengajar murid-murid yang mempunyai masalah atau kesukaran dalam bahasa dan pertuturan. Strategi-strategi ini boleh dipraktikkan oleh guru-guru ketika menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. antara strategi-strategi tersebut ialah :

  • Guru perlu menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang kondusif yakni berusaha utk mengurangkan kebisingan semaksimum mungkin. Hal ini akan membantu murid-murid utk lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, cara yg terbaik ialah dengan mengasingkan kelas dari kawasan yg bisingh. Bilangan murid di dalam kelas tidak boleh lebih antara lima hingga ke tujuh org murid di dlm satu kelas. Apabila keadaan kelas terkawal, memudahkan guru untuk mengawal aktiviti ketika menyampaikan pdp.
  • Ketika murid diminta untuk memberi pendapat, guru perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yg disampaikan oleh murid tersebut. Tujuannya ialah untuk memberi galakan kepada mereka untuk bertutur walaupun mereka mengalami kesukaran ketika menuturkan sesuatu perkataan atau ayat. Ketika ini, guru dapat mengesan kesukaran-kesukaran yg dihadapi oleh murid. Contohnya, seorang murid mengalami masalah gagap, guru boleh menjalankan aktiviti seperti meminta murid membaca satu kad ayat dengan perlahan-lahan dan selepas itu guru meminta murid utk mengingati ayat tadi. Secara tidak langsung murid tersebut dapat menyebut ayat tersebut secara berulangan.
  • Guru juga perlu memastikan penggunaan ayat yang jelas, susunan ayat yang mudah serta teratur dan juga mudah difahami ketika menyampaikan sesuatu penerangan atau arahan kepada murid-murid. Hal iai adalah kerana murid-murid yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan mengalami kesukaran untuk menterjemahkan maklumat yg disampaikan oleh guru secara serentak. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh guru ialah dengan memberi arahan secara berperingkat dengan penggunaan ayat yg pendek dan mudah. Penggunaan 'analisis tugasan' adalah suatu kaedah di mana guru memberi arahan kpd murid dari arahan yg mudah ke susah secara berperingkat. Kaedah ini adalah yg terbaik utk membantu murid-murid memahami tugasan yg disampaikan oleh guru. Misalnya, arahan menggosok gigi. 
          1. Ambil berus gigi tangan kanan dan ubat gigi di tangan kiri
          2. Picitkan sedikit ubat gigi ke berus gigi
          3. Berus di bahagian depan gigi sebanyak 4 kali dan seterusnya
  • Ketika guru memberi arahan, murid perlu ada di hadapan guru dan meminta murid tersebut utk mengulang semula arahan yg disampaikan oleh guru sebelum melaksanakan tugasannya. Tujuan pengulangan tersebut ialah sebagai latihan pertuturan, membentuk keyakinan murid utk bertutur, sekaligus memastikan murid tersebut benar-benar faham maklumat yg disampaikan oleh guru. 
  • Menggalakkan murid-murid untuk bercakap secara 'one-to-one' dgn guru. Tujuannya ialah untuk memupuk keyakinan murid tersebut utk bertutur dan juga guru secara tidak langsung dapat membantu membetulkan kesalahan sebutan serta merta ketika sesi perbualan bermula. Namun begitu, guru perlu berhati-hati agar tidak memberi tekanan sekiranya murid tersebut seringkali melakukan kesalahan sepanjang perbualan tersebut. Guru boleh menarik perhatian murid utk memulakan perbualan dgn membincangkan topik yg diminati oleh murud tersebut. Contohnya : 1)menceritakan pengalaman Ali sepanjang berada di kampung. 2) Makanan kegemaran Aisyah.
**Oleh yang demikian sebagai guru perlu kreatif menjana idea untuk menarik perhatian murid utk fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran yg disampaikan. Di samping itu, guru perlu tahu menggunakan laras bahasa yg sesuai ketika menyampaikan maklumat pengajaran kpd murid.

Adakah Golongan Pekak Terpinggir. Bincangkan.


Terasing..Terpinggir..Terkecuali..
Keadaan yang sering dirasakan oleh golongan pekak
Adakah mereka gembira,
Adakah mereka rasa bangga
Atau, adakah mereka rasa cukup dgn hak keistimewaan yg diberi.
semua itu mereka sendiri yg rasa
Kita sebagai masyarakat majmuk tidak perlu membezakan dan merendahkan
ketidaksempurnaan yg mereka ada.
sewajarnya kita semua hambaNya harus saling lengkap melengkapi
utk mencapai kesempurnaan yg hakiki
kekurangan yg dialami perlu sama sama rasai
moga menjadi dorongan kpd yg terkecuali

Kata kata di atas menerangkan serba sedikit tentang situasi sebenar yg dihadapi sendiri oleh golongan cp iaitu golongan cacat pendengaran dalam menghadapi arus kehidupan bersama-sama dengan golongan yang normal. Arus pemodenan yang makin hari semakin canggih ini kadang-kadang telah membataskan perhubungan komunikasi antara satu sama lain tidak kira bersama golongan yg cacat mahupun yg sempurna.
     Bagi golongan cp mereka sendiri akan merasai perbezaan situasi apabila bersama dengan kumpulan mereka yg sama2 golongan cp, dan kumpulan yg lain iaitu golongan manusia yg normal. Adakala terbit dalam diri sendiri seakan akan diri mereka dipinggirkan oleh golongan yg secara amnya sememangnya tidak boleh memahami dan berkomunikasi dengan mereka. Pada satu-satu keadaan di mana mereka dipandang rendah oleh sesetengah golongan terutama majikan di tempat kerja.  Sesetengah majikan tidak mahu mengambil golongan OKU sebagai pekerja mereka disebabkan mengalami ketidaksempurnaan yg akan memberi kesan kepada syarikat tempat bekerja. Walhal, sebenar benarnya golongan CP ini mampu dan boleh bekerja seperti orang lain juga memandangkan mereka mempunyai otak dan pemikiran yang waras. cuma, apa yang membataskan mereka ialah dalam pergaulan dan cara berkomunikasi. Pihak majikan yg bijak akan mengambil pekerja OKU ini dan menempatkan mereka di bahagian yang memerlukan kemahiran dan teknikal iaitu tidak perlu berhadapan dgn pelanggan yg memerlukan hubungan komunkikasi. Kajian mendapati bahawa kelebihan yg diperolehi oleh golongan OKU lebih baik berbanding golongan normal yg adakala juga mempunyai rekod buruk sepanjang bekerja.
     Dalam situasi di sekolah pula, pelajar perdana adakala mengelakkan diri dari bercampur dan bergaul dengan pelajar cp ini. Hal ini kerana mereka tidak boleh menggunakan bahasa isyarat dengan baik dan pelajar cp tidak boleh memberi respon apabila mereka mula berbicara. Akibatnya, pelajar perdana enggan dan tidak mahu bekerjasama dgn pelajar cp walau apa jua bahagian termasuk permainan dan kelab di sekolah. Dari segi analisis peperiksaan pelajar CP pula, selalunya guru-guru perdana tidak memasukkan data analisis peperiksaan pelajar cp ke dalam rekod mereka. Situasi ini sangat tidak relevan. Apakah disebabkan mereka pelajar pekak tidak boleh diselaraskan dengan analisis sekolah? atau disebabkan markah mereka yg sangat sedikit? Walhal pelajar perdana  ada juga yg mendapat lebih teruk markah berbanding pelajar cp ini. Jadi siapa yg haus dipersalahkan ? mengapa perlu ada diskriminasi? Mengapa perlu ada pengecualian? 
     Pihak yg terlibat perlu melihat situasi ini sebagai perkara yg penting kerana golongan cp ini juga mempunyai hak keistimewaan dalam bidang pendidikan. Jadi, jangan sesekali melemahkan keyakinan diri mereka serta memandang rendah dengan kemampuan yg mereka ada. Sebagai golongan yg normal kita perlu berpandangan jauh terhadap golongan seperti ini. Jangan hanya melihat kelemahan dan kecacatan seseorang, Tetapi pandanglah kelebihan dan kebaikan yg telah dilakukan. Sebagai ingatan semua pihak.

Sekian
Guru CP Prihatin.
 



Sunday, 2 August 2015

Masalah yang dihadapi oleh pelajar CP dalam pendidikan





Mengapa prestasi akademik pelajar pekak tidak memberangsangkan?

Pendidikan untuk kanak-kanak pekak bermula daripada peringkat intervensi awal, pra sekolah hingga ke tingkatan enam atas. Mereka belajar menggunakan kurikulum dan buku teks yang sama, tetapi kaedah pengajarannya adalah berbeza.Tahun demi tahun, prestasi akademik pelajar pekak dalam pepeiksaan awam masih tidak menampakkan kemajuan dari segi gred kecemerlangan. Namun begitu, terdapat juga pelajar pekak yang mencipta rekod memperoleh skor A bagi keseluruhan subjek contohnya pelajar Kang Kia Chun daripada SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan Perak.

Kia Chun memperoleh 9A dalam SPM 2011



Seperti sedia maklum, pelajar pekak mempunyai kelemahan dari segi bahasa yang menghalang mereka daripada berkomunikasi dengan sempurna seperti pelajar tipikal yang lain. Akan tetapi dengan pelaksanaan kaedah, teknik dan pendekatan yang bertul terhadap pelajar pekak ini, mereka mampu mencipta hasil kecemerlangan yang mungkin lebih baik daripada pelajar perdana. Masalahnya sekarang ialah berpunca daripada sikap dan motivasi dari pelajar itu sendiri dan faktor keprihatinan sistem pendidikan negara terhadap pelajar pekak ini. 

Kebiasaannya, pelajar CP menjawab menggunakan kertas soalan dan mengikut cara peperiksaan yang sama seperti pelajar tipikal dalam peperiksaan-peperiksaan awam UPSR,PT3,SPM dan STPM. Keadaan ini adalah kurang sesuai memandangkan kertas soalan itu sememangnya telah dibuat untuk pelajar tipikal. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kemahiran serta keupayaan bahasa pelajar CP dan pelajar tipikal mempunyai perbezaan yang besar. Secara logiknya, pelajar CP tidak mampu dan tidak mencapai aras untuk menjawab soalan yang disediakan kepada pelajar perdana. Secara logiknya, memang pelajar CP belajar mengikut silibus seperti perdana, akan tetapi aras pemikiran dan kefahaman pelajar CP masih tidak boleh mengadaptasi dengan jenis soalan yang disediakan. Sememangnya dari segi masa, masa yang lebih lama berbanding pelajar perdana diberika, namun syarat tersebut tidak mampu membolehkan pelajar CP ini menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Struktur bahasa kertas soalan kebiasaannya dibuat berdasarkan struktur bahasa pelajar-pelajar tipikal. Tetap kemahiran bahasa antara dua golongan tersebut adalah berbeza. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan pelajar CP tidak dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan awam.
1. Sukar memahami soalan yang ditanya
2. Tiada guru yang dapat menterjemah soalan peperiksaan kepada bahasa yang mudah difahami
3. Tiada pembimbing ketika sedang menjawab, kerana menjadi kebiasaan mereka perlu dibantu oleh guru 
    untuk menerangkan dan memberitahu perkara yang perlu dijawab.
4. Tidak memahami struktur ayat yang digunakan
5. Tidak mampu menjawab soalan yang mempunyai aras tinggi
6. Kebiasaannya, apabila pelajar CP tidak boleh memberi jawapan, mereka akan biarkan kosong sahaja.
7. Sukar menjawab soalan yang memerlukan kemahiran berfikir
8. Tempat atau bilik  darjah peperiksaan yang kurang sesuai
9. Soalan yang diberikan keliru
10. Sikap pemeriksa kertas yang tidak bertimbang rasa.

Punca-punca di atas yang menyebabkan pelajar CP tidak sesuai menjawab soalan peperiksaan yang selaras dengan kertas peperiksaan pelajar tipikal. Hak pelajar CP untuk menduduki peperiksaan yang mempunyai sistem yang bersesuaian perlu dan sepadan dengan keupayaan mereka perlu diberi perhatian. Dalam konteks ini, penyesuaian bermaksud melakukan beberapa perubahan kecil kepada format, sistem peperiksaan dan soalan peperiksaan biasa. Perubahan yang berlaku dalam sistem peperiksaan boleh menyebabkan prestasi berubah. Justeru, pihak yang terlibat perlu melihat isu ini sebagai isu yang perlu dirombak dan melakukan penambahbaikan untuk memastikan hak keistimewaan terhadap pelajar pendidikan khas terjamin. Sistem peperiksaan yang seimbang dan sesuai dengan situasi pelajar CP perlu dipraktikkan. Saya pasti dengan perubahan ini dapat memberi satu anjakan kepada pelajar CP untuk terus maju dan lebih maju dalam bidang akademik dengan wujudnya kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh pelajar CP itu sendiri.

Selain daripada faktor sistem peperiksaan, pelajar CP juga mempunyai masalah sampingan yang berpunca daripada kepekakan. Antaranya ialah seperti motivasi yang rendah, kurang yakin dengan kebolehan sendiri, sikap rendah diri yang tebal, malas dan kelemahan kognitif yang disebabkan oleh kepekakan yang dialami. Dalam memperoleh kejayaan dalam akademik pelajar CP perlu berusaha dengan jayanya yang bermula dari diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian barulah motivasi dan bimbingan yang diberikan oleh guru. Guru hanya boleh membantu dengan memberi pengajaran dan tips yang baik sebagao bekalan untuk peperiksaan, dan selebihnya pelajar itu sendiri yang perlu tekun untuk mendapatkan dan mengembangkan ilmu yang telah diperolehinya. Guru sendiri percaya bahawa dengan usaha yang berterusan dan rajin pelajar CP ini boleh mendapat kejayaan yang memberangsangkan malah lebih baik daripada pelajar tipikal. Menghadapi masalah pendengaran bukan halangan atau kekangan bagi seseorang untuk berjaya. Apa yang penting ialah usaha dan yakin dengan perkara yang dipilih.

Sekian, 
dari Catatan Guru Muda CP.