Tuesday 30 June 2015

Diam tidak berErti Bisu ~ Mutism~


Di sebalik keriuhan dan kebisingan susasana di dalam kelas prasekolah pada hari itu, kelihatan seorang kanak-kanak sedang termenung dan mengamati segala perlakuan rakan-rakan di sekelilingnya. Dia dilihat seolah-olah memikirkan atau bermonolog dalaman tentang perlakuan yang sedang diperhatikannya.
Turut kelihatan, rakan-rakan perempuan sedang menyanyi sambil bertepuk tangan dan bergelak tawa bersama. Namun, dia masih bertindak sebagai pemerhati sahaja. Tiada sebarang suara, keluhan, atau dengusan yang keluar dari bibir kecil itu  untuk memberi sebarang respon tentang rangsangan persekitarannya. Dia hanya duduk di suatu tempat dan hanya akan bergerak jika mendapat arahan dari guru.
Persoalannya kini, adakah kanak-kanak perempuan tersebut bisu, pekak atau tiada perasaan. ? 
Mari kita kupas permasalahan yang wujud dalam diri kanak-kanak perempuan tersebut.

Mungkin dari dalam kotak fikiran pembaca ialah kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran atau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan perlu ditempatkan di sekolah pendidikan khas. Malah, guru nya turut memberitahu masalah yang sama iaitu kanak-kanak tersebut seolah-olah dalam dunianya sendiri dan tidak mahu mengeluarkan suara walau dengan cara dipaksa atau dengan cara yang berhemah.


 Raidah merupakan seorang pelajar prasekolah berumur 6tahun . Hasil temubual dengan guru beliau, Raidah tidak boleh memberi respon atau mengeluarkan suara sepanjang berada disekolah. Dari segi kemahiran sosial ialah, Raidah kurang gemar bergaul dan tidak bermain bersama dengan rakannya. Sikap pasif Raidah ialah duduk di satu tempat, tidak memberi respon semasa pdp, tidak bergaul dan tidak mahu bergerak aktif. adakala rakan-rakan turut memaksa Raidah bercakap dan bermain bersama. 
Apa yang menjadi persoalannya ialah, menurut Pembantu Pengurusan Murid, apabila Raidah melepasi pagar sekolah untuk balik dan berjumpa dengan ayahnya, Raidah boleh mengeluarkan suara dan bertindak secara aktif seperti kanak-kanak normal yang lain. Raidah melompat-lompat kegirangan apabila ayahnya datang menjemput. 

Kajian intervensi dilaksanakan oleh Azwar (2014) untuk mengkaji dan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul daripada diri Raidah. Pemehatian dilakukan selama 2 minggu, terbukti Raidah memang sukar dan enggan untuk mengeluarkan suara. apa yang dapat diperhatikan ialah Raidah memang tidak mahu bergaul dengan sesiapa ketika waktu makan atau bermain. 



Berikut adalah ciri-ciri tingkahlaku yang terdapat pada subjek kajian semasa pemerhatian.

  -->Tidak mahu respon dengan sebarang soalan yang ditanya
  -->Tidak wujud interaksi sosial ketika bersama dengan rakan-rakan dalam kelas
  -->Mengasingkan diri ketika sebarang aktiviti dalam kelas termasuk waktu rehat
  -->Mengikut arahan guru tanpa bantahan
  -->Menggelengkan kepala apabila enggan menerima pelawaan rakan


Terdapat 3 strategi yang dilaksanakan sepanjang menjalankan kajian intervensi terhadap subjek. 
Strategi dilakukan mengikut langkah demi langkah. Apa yang didapati ialah ketiga-tiga strategi tersebut 
memperoleh respon yang tidak memberangsangkan dimana subjek tidak memberi sebarang rangsangan 
daripada percakapan. Strategi-strategi tersebut ialah seperti bercerita, menyanyi dan menari .


Dapatan Kajian
~~Mutism~~
Apabila seorang kanak-kanak yang disifatkan oleh ibu bapa mereka sebagai ceria, petah ketika bercakap dan begitu menghiburkan ketika mereka di rumah tetapi ternyata berbeza tingkah laku semasa di sekolah, ada kemungkinan ia menghadapi "Selective Mutism" atau "membisu selektif" iaitu sejenis gangguan emosi yang melanda kanak-kanak yang menyebabkan mereka tidak bercakap atau tidak mahu berkomunikasi pada situasi atau tempat tertentu seperti di tadika atau sekolah dan sebagainya sedangkan mereka adalah kanak-kanak yang normal. Situasi ini biasanya dikaitkan dengan rasa malu yang melampau di kalangan kanak-kanak atau gangguan rasa takut untuk bersosial.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah 'kebisuan' ini sebenarnya ingin bercakap tetapi disebabkan kebimbangan, kerisauan dan ketakutan menguasai diri, mereka akhirnya bertindak untuk membisu seibu bahasa pada keadaan atau tempat tertentu. 
Perkara-perkara tersebut yang berlaku kepada raidah, dimana dia berasa takut untuk bercakap dan menunjukkan respon yang baik terhadap rakan-rakan yang lain. tetapi apabila di rumah, dia seolah-olah berubah menjadi kanak-kanak yang hiperaktif dan lebih agresif. 

Seterusnya, pengkaji mengadakan  temubual bersama dengan ibu Raidah di rumah. Melihat tingkah laku Raidah, sangat berbeza berbanding di prasekolah. Di rumah, Raidah menjerit, bermain, senyum, berkeliaran , dan boleh bermain bersama dengan adiknya.Ibunya turut memperkatakan perkara yang sama dimana beliau merasa pelik dgn perlakuan berbeza yg ditunjukkan semasa di prasekolah dan di rumah. 
Kajian ini mengenalpasti beberapa punca kepada kajian kes yang ditunjukkan oleh Raidah iaitu
1. Raidah mengalami trauma kerana pernah dimarahi atau ditegur oleh guru tadikanya yg agak garang.
2. Raidah merasa bosan berada di prasekolah tersebut kerana sejak  dari umur 5 tahun berada di kelas dan situasi yang sama.
3. Raidah lebih selesa dan seronok bermain dengan adiknya di rumah berbanding rakan-rakan yang ada di prasekolah.

Kesimpulannya, ibu bapa dan guru tadika perlu 'alert' dgn ciri-ciri kanak-kanak yg mengalami 'mutism' ini kerana dikhuatiri memberi kesan berpanjangan apabila berada di Tahun satu nanti. Justeru, Raidah perlu diberi perhatian dan nasihat yang sepatutnya supaya boleh berkelakuan seperti kanak-kanak normal yang lain.

Sekian.

Friday 26 June 2015

Program transisi terhadap Pelajar bermasalah pendengaran



T.R.A.N.S.I.S.I

Terdapat beberapa persoalan yang wujud apabila diperkatakan tentang 'Program Transisi'. Secara umumnya, transisi merupakan sebuah program yang membolehkan pelajar-pelajar bergerak atau beralih dari alam persekolahan ke alam persekolahan selepas sekolah. Hal ini termasuklah pendidikan selepas sekolah menengah, latihan vokasional, pekerjaan, latihan hidup berdikari dan sebagainya. 

        Selain itu juga, program transisi merujuk kepada keberkesanan program yang membimbing pelajar berkeperluan khas ke arah mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari dengan kemahiran sosial dan kemahiran hidup seharian. Program tersebut bertujuan untuk memberi mereka pengalaman sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

         Merujuk kepada kajian Rawza 2013, mengatakan bahawa program transisi terhadap pelajar berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran, sangat mendatangkan manfaat kepada pelajar tersebut dari segi kemahiran motor, kemahiran sosial serta  daya kreativiti. Apa yang diperolehi dalam program transisi tersebut dapat diaplikasikannya dalam aktiviti sekolah iaitu melalui bakatnya dalam jahitan serta kemahiran menggunakan mesin jahit. Implikasi yang dapat diperolehi melalui program transisi ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar cp (masalah pendengaran) dalam alam pekerjaan pada masa depan kelak. 

         Berikut merupakan beberapa gambar yang dapat diambil sepanjang program transisi yang dilaksanakan di Teluk Intan,Perak di sebuah syarikat mencetak pakaian. 

Pelajar CP sedang menggunting kain untuk dijadikan T-shirt mengikut ukuran.

Menggunting setiap helaian kain

Alat yang digunakan untuk memotong kain .





















Sepanjang proses transisi dilaksanakan, beberapa peringkat perlu dilakukan bermula dengan menggunting kain, membuat ukuran saiz (S,M,L,XL), menjahit butang dan melakar tulisan di belakang @ hadapan T-shirt. 

Kemahiran asas dalam mesin jahit




Membuat lubang di bahagian butang T-shirt

Membuat kolar T-shirt

T-shirt yang siap dicetak

Pelajar berjaya menyiapkan sebuah T-shirt





Apa yang menarik sepanjang proses transisi ini dilaksanakan ialah majikan berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh pelajar sepanjang latihan pekerjaan yang diberi malah turut memohon supaya pelajar tersebut terus bekerja dalam kedai tersebut. tetapi memandangkan pelajar tersebut akan menjalani peperiksaan PMR, jadi perlu ditangguhkan semasa cuti sekolah nanti. Selain itu, apa yang menarik perhatian pengkaji ialah majikan tersebut memberi peluang kepada orang OKU seperti  pelajar tersebut untuk menjalani perkhidmatan di syarikatnya. 

     Secara kesimpulannya, program transisi ini sememangnya memberi faedah kepada pelajar berkeperluan khas. memandangkan mereka mempunyai pencapaian akademik yang agak lemah jadi bakat dan kelebihan yang ada dalam diri perlu digilap dan diperkembangkan supaya tidak terpadam begitu sahaja. pelajar berkeperluan khas ini perlu menonjolkan diri dengan bakat yang istimewa supaya boleh berjaya seperti pelajar normal yang lain juga. jadi pihak yang berkaitan perlu memainkan peranan dalam meneliti dan membuat pemerhatian terhadap bakat yang diminati oleh pelajar tersebut.

Sekian,

Wednesday 24 June 2015

DiLema Pemuda tanpa Suara


Aku merenung ke luar jendela. Terlihat sepasang sahabat sedang rancak berbual dengan agresifnya.Sahabatnya juga turut memberi respon dengan bertepok tampar bahu rakannya.nampak benar mereka sedang berbual tentang sesuatu yang menggembirakan hati.Apa yang dibualnya langsung tidak dapat kudengari.hanya gerakan bibir yg dapat kuamati dari jauh. Di sudut hati kecilku "Alangkah baiknya jika aku turut dapat berkata-kata, berbual-bual seperti mereka juga.Ya..aku memang tidak boleh bertutur apatah lagi mendengar seperti rakan-rakan normal yg aku lihat sebentar tadi. aku tidak dapat berbual dgn ibu ku, aku tidak boleh bergaul dengan rakan normal yg lain kerana mereka tidak memahami apa yg aku perkatakan. mereka juga tidak dpt mentafsir segala apa yg aku pendamkan dlm jiwa ini. Dari jauh sudut hatiku tersemat jua rasa ingin turut sama-sama rancak dan petah berkata-kata di khalayak ramai. Namun......

Namun, aku tidak pernah putus asa, malah tidak pernah berasa kecewa dgn apa yg telah Tuhan takdirkan dgn kecacatan yg diberi ini. walaupun aku insan yg tidak sempurna, tidak mustahil aku tidak boleh menempa kejayaan seperti org lain juga.apa yg perlu ada ialah semangat dan kecekalan hati dalam mengharungi segala cabaran untuk menjadi orang yg berjaya. segala nasihat yg diberikan oleh guruku akan aku manfaatkan dalam meniti arus perjalanan hidupku.


Aku punyai bakat, aku punyai tekad, aku punyai cita-cita yg bakal kukecapi satu hari nanti. Siapa kata insan 'bisu' seperti golongan kami ini tidak boleh mencipta nama di persada dunia. Tunggu dan lihat sajalah. Tepuk dada tanya hati. andai naluri ku berkata-kata ingin berjaya, kejayaan itu PASTi dalam genggaman. akan kubuktikan pada mereka semua bahawa orang seperti aku tetap boleh berjaya dan terus berjaya. biarlah mereka berterusan memperlekehkan bakat yg ada pada diriku.

semoga segala angan-angan ku ini akan dikecapi suatu hari nanti.

Luahan hati,
"Pemuda tanpa Suara" 

'Pemuda Tanpa Suara"