Program Intervensi awal adalah suatu pakej pendidikan yang merujuk kepada perkhidmatan yang diberikan kepada bayi atau kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan.Tidak kira jenis ketidakupayaan apa sekali pun, misalnya: ketidakupayaan pendengaran, penglihatan, pembelajaran dan ketidakupayaan fizikal. Semua ketidakupayaan yg disebutkan perlukan intervensi awal dan ia juga perlu dilaksanakan seawal umur kanak-kanak yakni dari awal kelahiran lagi.
Istilah intervensi awal juga didefinisikan sebagai suatu proses yg menyediakan perkhidmatan, pelajaran untuk menyokong kanak-kanak khas yg telah didiagnosis mempunyai ketidakupayaan mental dan fizikal serta kanak-kanak yg menghadapi masalah atau terbantut dalam perkembangan mindanya.
Peranan ibu bapa dlm melibatkan diri dalam program Intervensi Awal
Secara umumnya tujuan intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan, dan sokongan kepada kanak-kanak yg berisiko atau yg mengalami kelambatan dlm perkembangan fizikal atau mental yg akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran. Dalam program intervensi awal ini, penglibatan ibu bapa merupakan satu peranan penting yg lebih memberikan kesan positif terhadap anak tersebut. Kajian mendapati anak yg menunjukkan kesan positif yg ketara disebabkan wujudnya penglibatan ibu bapa sepanjang program intervensi dijalankan. Berbeza pula dengan anak yg sering melakukan aktiviti program intervensi tanpa sokongan ibu bapa di mana mereka tiada semangat untuk melakukannya.
Ibu bapa menjadi ikon penting kerana mereka adalah orang pertama yg dapat merasakan terdapatnya perkembangan terbantut atau tertangguh pada anak mereka sejak dari kecil lagi dan mereka jugalah yg sering berhadapan dgn t.laku negatif sepanjang berada di rumah. Jadi, mereka mempunyai maklumat serba sedikit tentang perlakuan anak mereka sebelum di hantar ke sekolah untuk menjalankan program intervensi awal ini.
Terdapat pelbagai peranan ibu bapa dlm melibatkan diri dlm program intervensi awal ini. Antaranya ialah :
- Sebagai sumbangan maklumat - Tujuan sebenar pemberian maklumat daripada ibu bapa adalah untuk pihak profesional terbabit mengetahui dan mendiagnosis masalah anak mereka dan secara tidak langsung memberi beberapa panduan atau langkah pencegahan supaya anak mereka tidak menjadi lebih teruk di kemudian hari.
- Mengukuhkan pembelajaran - Ibu bapa menjadi guru dengan meneruskan aktiviti intervensi di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui apa yg dilakukan dan diajar kepada anaknya pada hari tersebut. Maka, mereka dapat mengetahui bahawa samada aktiviti tersebut sesuai atau tidak dengan jenis ketidakupayaan anak tersebut.
- Memberi sumbangan tenaga dan bahan - Ibu bapa turut memberi sumbangan tenaga dan bahan kpd tempat program intervensi itu dijalankan. Terdapat pelbagai sumbangan antaranya ialah dengan menyediakan alat bantu mengajar, mewujudkan persekitaran yg ceria di dalam kelas. Selain itu juga, ibu bapa boleh menganjurkan lawatan atau perkhemahan bersama dgn guru atau dgn ibu bapa murid berkeperluan khas yg lain.
- Mendapat maklumbalas drpd guru - Setelah tempoh program intervensi dilakukan terhadap anak mereka, ibu bapa perlu mendapatkan maklumbalas dari guru berkaitan dgn perubahan tingkah laku anaknya sepanjang berada di kelas. Tujuannya adalah untuk ibu bapa mengetahui keberkesanan program intervensi tersebut dan membuat keputusan samada program intervensi tersebut perlu diteruskan atau yidak. Selain itu, guru akan memberitahu segala perkara berkaitan dgn perkembangan kanak-kanak tersebut hasil dari pemerhatiannya di kelas.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment