Saturday 20 February 2016

Peranan Guru, Keluarga dan Ahli Komuniti dalam Persekitaran Inklusif

Pengenalan
Persekitaran Inklusif memerlukan beberapa pihak memainkan peranan supaya objektif persekitaran inklusif tercapai. Sejajar dengan tujuan pendidikan inklusif iaitu memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid normal di aliran perdana. Dalam persekitaran inklusif juga, pihak tertentu bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran di mana semua pelajar lelaki dan perempuan boleh belajar dan rasa diterima. Pihak tersebut termasuk ibu bapa dan ahli komuniti yg juga mempunyai tugas penting untuk menyokong pembangunan persekitaran inklusif di sekolah dan di bilik darjah. Selaras dengan objektif PI (persekitaran inklusif) iaitu meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan murid-murid maka penglibatam komuniti amat digalakkan.
     Komuniti merupakan beberapa pihak yg berperanan dalam menjayakan visi dan misi PI ini. Ia terdiri daripada murid-murid, ibu bapa, guru termasuklah guru besar dan pengetua serta semua yang tinggal di dalam kawasan sekolah. Untuk menjayakan PI ini, setiap pihak tersebut perlu komited dan saling bekerjasama dalam memastikan PI ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan kepada murid-murid di dalam sekolah tersebut. Jika dilihat dari aspek positif, kepelbagaian buah fikiran dan semangat kerjasama akan dapat mengekalkan dan memastikan kemenjadian murid ini tercapai di samping mengeratkan hubungan yang baik antara komuniti.
     Di samping itu, komuniti dapat memberikan banyak ilmu dan maklumat tentang amalan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan meneguhkan pembelajaran terhadap murid-murid. Pendedahan dengan proses pengajaran yg demikian dapat menarik minat mereka untuk belajar. Secara amnya, nilai dan penglibatan keluarga dan ahli komuniti lain adalah amat penting untuk semua murid berada di sekolah dan membantu mereka belajar dengan jayanya. Antara peranan komuniti ialah mencadangkan idea-idea dan sumber-sumber mengenai pelaksanaan PI supaya dengan idea yang tercetus dapat membangkitkan semangat guru-guru di sekolah tersebut dan ibu bapa secara tidak langsung untuk mengadakan pelbagai program. Pihak pengetua akan menyokong dan memberi kerjasama yang sewajarnya supaya objektif program tersebut akan tercapai. Antara aktiviti yang melibatkan kerjasama antara guru, keluarga dan komuniti adalah seperti lawatan sambil belajar, hari bertemu waris, gotong royong, hari usahawan dan mesyuarat antara ibu bapa dan komuniti. Program-program tersebut dapat mengeratkan hubungan antara ahli komuniti di samping perbincangan waris dengan guru berkaitan dengan anak-anak mereka di sekolah.
     Menurut Leena Isosomppi 2014, menyatakan guru yang terlibat dengan program inklusif digambarkan dari perspektif nilai diri, personaliti dan kecekapan. Personaliti dan nilai guru tersebut boleh diperhatikan melalui cara kerja yang dilakukan dan interaksi mereka apabila berhadapan dengan murid yang terdiri drpd pelbagai ketidakupayaan. Guru antara peranan besar yang meyumbang kepada kejayaan program inklusif ini. Kajian Maria Unianu 2013 mendapati terdapat beberapa isu yang timbul di kalangan guru inklusif ini.




Antara isu-isu tersebut ialah mereka menghadapi kekeliruan dalam memahami keperluan murid bekeperluan khas . Selain itu, pengetahuan tentang konsep inklusif juga menyumbang kepada kegagalan program inklusif ini untuk berjalan dengan lancar. Kajian ini juga mendapati kebanyakan guru yang terlibat dengan inklusif ini masih tidak mengetahui konsep inklusif secara terperinci. Mereka hanya terlibat dengan tempoh pengajaran sahaja selebihnya mereka tidak mengendalikan kelas inklusif dengan baik. 
     Peranan seorang guru ialah perlu memupuk semangat kerjasama antara ahli dengan cara kerap berkomunikasi dgn keluarga supaya dapat berbincang mengenai kemajuan pembelajaran dan pencapaian anak-anak mereka. Secara amnya, sebagai guru perlu menerangkan serba sedikit tentang nilai dan tujuan program inklusif kpd ibu bapa dan murid yang berkaitan. Perkara ini bertujuan untuk memaklumkan kpd ibu bapa tentang objektif dan implikasi yang akan diterima oleh anak mereka dengan pelaksanaan program inklusif ini. Secara tidak langsung, dapat menggalakkan mereka untuk bekerjasama dgn aktiviti-aktiviti yg dianjurkan oleh sekolah. Kerjasama yg wujud antara ahli komuniti, ibu bapa dan guru amat dititikberatkan. Dalam program yg dilaksanakan secara tidak langsung, dapat memberi peluang kpd murid tersebut utk berinteraksi dan merasakan diberi perhatian sewajarnya samada dari ibu bapa atau pihak komuniti luar. Jadi guru perlu melaksanakan program yang sesuai.
     Program inklusif berjaya memenuhi keperluan murid-murid dalam memenuhi konteks keperluan keluarga. Sebagai ibu bapa pasti mereka mengharapkan sesuatu implikasi yg positif berlaku dalam proses perkembangan diri anak-anak mereka. Namun begitu sepanjang proses melaksanakan program inklusif tersebut, perlu ada kerjasama dari ibu bapa kerana ibu bapa merupakan tonggak kepada faktor kemenjadian seseorang murid. Berdasarkan kajian Gen Shelton 2004, dalam kajiannya bertajuk "Parent-Provider relationship that support successful inclusion" mendapati terdapat implikasi yg positif dgn wujudnya hubungan yg baik antara ibu bapa. Antaranya ialah seperti hubungan baik antara guru dan ibu bapa dapat menerima ciri-ciri setiap murid bekeperluan khas dan ibu bapa merasa berbesar hati kerana dapat menerima murid tersebut dan melalui proses pengajaran seperti murid-murid lain juga. 


**Bersambung...