Thursday 7 May 2015

Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran

masalah pendengaran

MARI kenali ciri-ciri yang dapat dikesan terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Untuk makluman, kita boleh mengesan keupayaan mendengar anak-anak kita semenjak masih bayi lagi. Jika dilihat, kita sering dedahkan mereka dengan rangsangan dari barang mainan maujud yang mempunyai rangsangan bunyi dan didekatkan ke bahagian telinga bayi tersebut. Kita akan melihat respon bayi mencari-cari arah bunyi tersebut dimainkan samada dari arah atas, bawah, kiri dan kanan. pergerakan anak mata bayi akan mencari-cari bunyi yang didengar dalam saluran telingan nya. Jadi, dari sudut pemerhatian bayi tersebut mempunyai tahap pendengaran yang normal. Manakala, sebaliknya iaitu jika bayi tersebut tidak memberi reaksi atau respon terhadap bunyi yang dimainkan maka bayi tersebut mengalami masalah dalam mekanisme pendengarannya. Pada tahap ini, ibu bapa perlu bertindak untuk memberi tinakan awal supaya sesuatu rawatan perlu dilanksanakan. Ibu bapa disarankan menguji tahap keupayaan pendengaran anak-anak seawal 7 hari selepas dilahirkan.

Lazimnya, seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pendengaran akan bertindakbalas terhadap bunyi yang perlahan serta boleh mendengar percakapan dengan jelas. (Clark,1999). Maka, jika sebaliknya berlaku berkemungkinan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dalam saraf telinganya.
Antara ciri-ciri yang dapat dikenalpasti ialah seperti :
  • kurang memberi perhatian - ciri ini dapat dikenalpasti apabila seorang kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang reaksi mahupun perhatian kepada orang sekeliling yg bercakap dengannya. selalunya mereka tidak mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi, dan kadangkala juga mereka tidak terkejut dgn bunyi yang kuat memandangkan gegendang telinga tidak berfungsi.
  • sukar mengikut arahan - Apabila tidak boleh memberi respon, secara tidak langsung kanak-kanak tersebut sukar untuk menerima arahan secara lisan. Hal ini kerana mereka sukar untuk memahami arahan yang mudah dan akan menyuruh arahan tersebut diulang berkali-kali sehingga boleh difahami terutama arahan diberi dalam jarak jauh.
  • kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan - Memandangkan fungsi pendengaran mereka tidak seperti kanak-kanak tipikal yang lain, maka mereka merasakan kehadiran mereka di dalam sebuah kumpulan adalah sia-sia kerana tidak mampu memberi respon dan pendapat yang baik. kesan negatif ialah kanak-kanak tersebut mungkin dipinggirkan atau dikecualikan dari terlibat mana-mana aktiviti.
  • cara percakapan yang pelik - kadangkala kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran ini mengeluarkan perkataan yang tidak sempurna dan kurang difahami oleh orang lain. Hal ini kerana mereka mempunyai masalah pertuturan yang menjadikan mereka tidak boleh menyebut satu-satu ayat dengan baik.
  • masalah kesihatan - kanak-kanak ini sering mengadu mengalami masalah kesihatan seperti sakit telinga, selesema, sakit tekak dan tonsilitis. masalah dan gangguan kesihatan ini biasanya berkaitan dengan pendengaran.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak-anak yang mempunyai ciri-ciri masalah pendengaran ini. Hal ini adalah kerana rawatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti kategori kehilangan pendengaran yang dihadapi oleh seseorang itu. Tidak semua kanak-kanak yg bermasalah pendengaran ini mengalami darjah kehilangan pendengaran yang sama. Apabila darjah kehilangan pendengaran telah dikenalpasti, maka tindakan susulan perlu dilakukan bagi mencegah kerosakan saraf telinga menjadi lebih teruk.

                              ~Semoga penerangan ini bermanfaat untuk pembaca ~

Sekian.

Definisi Pekak @ Bermasalah Pendengaran dari sudut Para Pengkaji

Masalah pendengaran

Tahukah anda siapa yang digelar sebagai pekak ?

Tahukah anda siapa yang mengalami masalah pendengaran ?

Mari kita terokai dan selami pengertian sebenar benarnya apa yang dimaksudkan dengan pekak @ bermasalah pendengaran. Mungkin anda juga tergolong dalam dua kumpulan tersebut.

Jika diperhatikan istilah seperti 'pekak bisu', 'cacat pendengaran' dan 'pekak tuli' sering dijadikan sebagai gelaran terhadap kumpulan kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran teruk dan sangat teruk. istilah-istilah ini sering mengelirukan ramai orang dan ada juga yang salah mentafsirkannya. Selain itu juga, istilah-istilah ini kurang disenangi oleh masyarakat dan dianggap sebagai kurang kesopanan dalam berbicara.

Oleh yang demikian, istilah 'bermasalah pendengaran' digunakan untuk menggantikan istilah 'pekak bisu', 'cacat pendengaran' dan 'pekak tuli'. Istilah 'bermasalah pendengaran' adalah istilah yang biasa digunakan oleh pihak perubatan klinikal . Hal ini kerana mengikut kajian, kanak-kanak yang digelar pekak adalah tidak pekak sepenuhnya kerana mereka masih mempunyai sisa pendengaran walaupun sedikit.

kanak-kanak pekak

Antara definisi yang diperolehi daripada pengkaji.

1. Bee 1995 - kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran 
                      mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.

2. Asmah Omar 1986 - individu yg dilahirkan dgn kecacatan pada deria pendengaran yg menyebabkan ia
                                     tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat mendengar dan menghayati 
                                     pemikiran serta budaya melalui bahasa.

3. Johnson 1975 - Masalah pendengaran didefinisikan kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan deria  
                             pendengarannya.

4. Allen 2009 - mendefinisikan murid bermasalah pendengaran sebagai murid yang telah kehilangan deria 
                        pendengarannya. menghadapi sesuatu tahap yang menghalang kefahaman pertuturan melalui 
                        telinga sahaja atau tahap penggunaan alat pendengaran

5. Chuah 1992 - kanak-kanak bermasalah pendengaran boleh dikatakan lebih tepat sebaga seorang yang
                          rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan.

6.Kamus Dewan Edisi 4 - pekak ialah tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan
                                        baik.

**Secara umumnya, orang bermasalah pendengaran di Malaysia dikategorikan sebagai sebahagian daripada OKU berdasarkan pengkategorian pihak kementerian walaupun kebanyakan orang bermasalah pendengaran berasa "berat hati " untuk menerima pernyataan tersebut. **

Sekian,
Dari meja pengarang,
Rawza Wa.
06.05.15

Tuesday 5 May 2015

Program Pendidikan Khas di SEMAJA,Teluk Intan Perak

semaja15

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan pembaca, di Semaja terdapat 2 program pendidikan khas iaitu program bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran. Kedua-dua program tersebut mempunyai penglibatan yang aktif dalam pelbagai bidang terutamanya bidang kokurikulum.

Bagi program bermasalah pendengaran, jumlah pelajar setakat ini ialah seramai 13 orang bersama dengan 8 orang guru, manakala program bermasalah pembelajaran pula pelajar mempunyai seramai 62 pelajar yang terdiri daripada pelbagai jenis ketidakupayaan bersama dengan 13 orang guru. Setiap aktiviti yang diceburi , akan menghasilkan kejayaan demi kejayaan. secara tidak langsung matlamat ke arah "kemenjadian murid" itu tercapai. justeru, sokongan demi sokongan perlu diberikan supaya pelajar-pelajar ini terus maju ke hadapan tanpa memikirkan kecacatan yang dialami.

Terdapat beberapa program yang kami telah laksanakan. Antaranya ..





Program Lawatan di Singapore pada 
September 2014
Tempat yg dilawati
Universal Studio Singapore












Lawatan  di Kilang Kicap Tamin di Kuala kangsar
















Aktiviti mencuci mata di JPO - johor Premier Outlet











Antara kejayaan pelajar-pelajar ini pula .



Tiga orang pelajar ini memperoleh kejayaan dalam Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri.









                                         Pelajar ini memperoleh anugerah dalam 2 acara bagi 
                                                        Peringkat Negeri Perak

**Semoga dengan penglibatan aktif pelajar-pelajar pendidikan khas ini akan dapat menyemarakkan lagi program pendidikan khas untuk masa akan datang dan pada masa yang sama memberi kesan mendalam dalam diri masing-masing.

Monday 4 May 2015

Apabila Bahasa Isyarat Berbicara

Assalamualaikum


Isyarat yang biasa dilakukan oleh pelajar CP (Pelajar bermasalah pendengaran) apabila bertemu dengan guru-guru atau rakan-rakan.
Waalaikumsalam



Isyarat yang diberikan apabila menjawab salam.










Saya suka mewarna

Terimakasih




Isyarat yang diberikan oleh pelajar CP apabila menerima sesuatu barang atau ucapan penghargaan kepada guru setelah tamat pdp.
Selamat Datang



isyarat yang ditunjukkan apabila terdapat orang luar berkunjung ke bahagian kelas CP

Cara Komunikasi Orang Pekak

Assalamualaikum

Bagaimana orang pekak berkomunikasi ....

Bila kita bertemu dengan orang yang pekak atau mempunyai masalah pendengaran, sudah tentu kita tidak tahu bagaimana cara untuk menyampaikan maklumat atau menerima respon daripada mereka.
cara paling mudah ialah dengan menulis maklumat yang hendak disampaikan di atas kertas dan menyuruh mereka membacanya.

Namun cara yang paling logik ialah berkomunikasi dengan mereka melalui bahasa rasmi mereka iaitu Bahasa Isyarat. Sesetengah orang berasa sukar dan tidak berminat untuk belajar bahasa isyarat ini..namun .tidak kurang juga yang berminat untuk mempelajari Bahasa Isyarat ini.

Bagi orang pekak atau yang mempunyai masalah pendengaran, mereka telah sedia ada kemahiran asas dalam berbahasa isyarat ini. Bahasa Isyarat inilah yang merupakan medium perantaraan untuk mereka berkomunikasi dalam kehidupan seharian antara rakan-rakan yang segolongan dengan mereka.

Bahasa Isyarat Dalam Abjad

Friday 1 May 2015

Apakah punca pekak?

Pengenalan
Ilustrasi Telinga
Hilang pendengaran menyebabkan sesorang itu menjadi terasing di dunia ini. Mereka menjadi terpinggir kerana apa yang dikata tidak difahami atau salah tafsir. Beliau juga mungikn akan mengalami kemalangan atau kehilangan pekerjaan. Terdapat 3 jenis kecacatan pendengaran:
  • Berpunca dari masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.
  • Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
  • 'Sensorineural' (saraf deria)
  • 'Conductive' (Gangguan aliran bunyi) 
  • Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory'
  • Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
  • 'Mixed' (gabungan)
  • Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural'

Kehilangan pendengaran mempunyai 4 tahap iaitu kurang, sederhana, teruk dan sangat teruk. Pendengaran yang sangat teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.
sebab pekak

Faktor-faktor kecacatan pendengaran

Apakah punca terjadinya pekak/tuli?
  1. Faktor genetik keturunan
  2. Pengumpulan cecair di bahagian tengah rongga telinga
  3. Bayi lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
  4. Kurang bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
  5. Jangkitan kuman contohnya 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis'
  6. Terdapat jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
  7. Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
  8. Biasa terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
  9. Terdapat banyak tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
  10. Berlakunya Gegendang telinga telah pecah
  11. Terjadinya jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
  12. Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
  13. Peningkatan umur (semakin tua)

Selamat datang ke blog saya

Pendidikankhas
 
Assalammu'alaikum wbrth...

Di kesempatan ini, saya ingin meluahkan rasa gembira dengan tertubuhnya laman sesawang CP ini.
 
Ia merupakan permulaan bagi saya dalam pendedahan ke dunia blog yang penuh informasi berkaitan pendidikan khas di Malaysia ini.

Justeru itu saya mengharapkan adalah kesempatan tuan puan yang melawati blog ini agar meninggalkan sedikit komen bagi membina blog atau membantu senario pendidikan khas di Malaysia ini dengan lebih gemilang lagi..

Sekian terima kasih.

Dari meja pengarang

---rawza----