Wednesday 23 September 2015

Apa itu 'Disleksia"






Definisi Disleksia.

Menurut Mercer (1991), Disleksia ialah ketidakupayaan yg teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Selain itu, dianggap sebagai kesukaran menggunakan perkataan yg dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa. Ketidakmampuan membaca dalam kalangan kanak-kanak sering diandaikan sebagai kurang cerdik. Padahal kanak-kanak ini berkemungkinan mengalami disleksia. Gangguan yg berupa kesukaran membaca adalah disebabkan oleh kelainan neurologis. Gejalanya ialah kemampuan membaca kanak-kanak berada bawah kemampuan yang sepatutnya dengan mempertimbangkan tingkat kecerdikan, usia dan pendidikannya.
     Disleksia bukan satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yg biasanya dialami oleh kanak2 bermasalah pembelajaran. Lazimnya, masalah pembelajaran yg dihadapi adalah spt mengeja, membaca, menulis dan kemahiran mengira. Oleh sebab itu, disleksia merujuk pada mereka yang menghadapi masalah membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Gangguan ini bukan dalam bentuk ketidakmampuan fizikal, seperti masalah penglihatan, tetapi menjurus pada fungsi otak yang mengolah dan memproses maklumat yg sedang dibaca oleh kanak-kanak tersebut. Kesukaran ini dapat dikesan setelah kanak-kanak memasuki alam persekolahan dalam tempoh yg tertentu.


Punca berlakunya Masalah Murid Disleksia.
  • Gangguan atau kecederaan Otak - Gangguan atau kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi sekiranya ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Gangguan atau kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. 
  • Ketidakseimbangan Biokimia - Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah pelajar hiperaktif yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.
  • Faktor persekitaran - Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra boleh menimbulkan masalah pembelajaran. 

 
Senarai Semak Disleksia
Senarai semak Disleksia terdiri daripada tahap penguasaan kemahiran mengeja, membaca, dan menulis kanak-kanak disleksia.

 Kemahiran Mengeja
Antara senarai semak kemahiran mengeja yang boleh diuji ialah :
1. Mengeja Perkataan Mudah
2. Mengeja Perkataan Tidak Sebagaimana yang dikehendaki
3. Menyusun Abjad Tidak Mengikut ejaan dalam perkataan Sebagaimana yang Sepatutnya
4. Kesilapan Meletakkan Suku Kata dalam Perkataan
5. Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan Bunyi Abjad yang Hampir Sama yang Terdapat dalam Suku Kata.

Kemahiran Membaca
Antara senarai semak kemahiran membaca yang boleh diuji ialah :
1. Masalah membaca Teks Panjang
2. Membaca Perkataan yang mengandungi Vokal Berganding, Diftong, Dan Konsonan
3. Membaca Ayat Panjang

Kemahiran Menulis
Antara senarai semak kemahiran menulis yang boleh diuji ialah :
1. Menulis Perkataan atau Ayat di atas garisan
2. Menyalin Semula Maklumat yang disebut oleh Guru
3. Menyalin Semula Maklumat yang ditulis pada Papan Tulis.

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Disleksia
a. Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik
b. Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
c. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
d. Menentukan kumpulan murid
e. Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar
f. Menentukan strategi, pendekatan, dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
g. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB).
h. Menyediakan bahan Pemulihan Disleksia
i. Menyediakan aktiviti.














 Bagi ibu bapa yang menyedari anak mereka mengalami gangguan disleksia seharusnya menghantar anak mereka menjalani terapi seawal yang mungkin. Pada umumnya kanak-kanak disleksia sering dilabel sebagai pemalas, bebal, bodoh dan sebagainya. Padahal mereka adalah kanak-kanak pintar jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul. Jadi, peranan ibu bapa dalam merancang yang terbaik untuk anaknya.

0 comments:

Post a Comment