Artikel yang bertajuk "Masalah Sosio-Emosi Kanak-kanak pintar Cerdas" ini diambil daripada majalah Masalah Pendidikan yang diterbitkan pada tahun 2005 di Universiti Malaya. Artikel ini ditulis oleh Ng Sen Fa dan Sandiyao Sebestian. Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas secara umum. Artikel ini merangkumi beberapa elemen yg berlaku sepanjang penglibatan golongan pintar cerdas ini di kalangan masyarakat. Antara elemen yang didedahkan ialah spt ciri-ciri positif dan negatif kanak-kanak pintar cerdas, suasana pembelajaran dan kaedah pengajaran yg dilaksanakan di sekolah serta cara golongan pintar cerdas ini bergaul dgn rakan sebaya atau orang disekitarnya. Setelah dikaji, masyarakat sekitar termasuk guru itu sendiri yg kurang penegtahuan tentang kanak-kanak pintar cerdas ini dan bagaimana cara untuk mengelolakan t/laku mereka sepanjang berada di kelas. Ibu bapa mahupun guru tidak arif dan masih tidak mengetahui cara yang efektif supaya golongan ini dapat hidup secara normal spt kanak-kanak lain.
Dalam artikel ini, perkara yg paling difokuskan ialah tentang bagaimana golongan kanak-kanak pintar cerdas ini bertingkah laku dan cara kemahiran berkomunikasi sepanjang berada di kelas. Dapatan kajian mendapati mereka mempunyai perbezaan yg nyata berbanding kanak-kanak normal yg lain. Hal ini menyebabkan kanak-kanak normal yg lain memandang rendah terhadap mereka dan akibatnya mereka dipinggirkan dan potensi diri terbantut sahaja walhal mereka mempunyai keistimewaan sendiri yg tidak dipunyai oleh kanak-kanak lain.
Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yg mempunyai kebolehan mental yg jauh lebih aktif berbanding rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian mereka tidak dapat menyesuaikan diri dgn sistem pendidikan yg sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana mereka mempunyai perbezaan dari segi keperluan, motivasi, dan tahap kognitif. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab dalam mengatur beberapa strategi termasuk mengubahsuai jadual pengajaran atau melibatkan ibu bapa dlm hal ini supaya dapat berkongsi maklumat berkaitan dgn tabiat mereka sepanjang berada di rumah dan mencadangkan program yg bersesuaian supaya kanak-kanak tersebut tidak diabaikan.
Berlainan dgn keadaan di luar negara di mana kanak-kanak pintar cerdas di sana telah diberi tumpuan sejak dari awal persekolahan lagi mereka telah dimasukkan ke sekolah seawal umur 5 tahun, dan pada tahap tersebut mereka sudah mahir membaca dgn lancar tanpa bimbingan. Apa yg menarik, mereka tidak pernah mengetahui bagaimana proses pembelajaran yg betul utk menjadi pelajar cemerlang dan selalunya mereka akan belajar tentang sesuatu topik secara mendalam.
Dalam artikel ini, ada diselitkan tentang kajian kes yg berlaku ke atas seorang kanak-kanak pintar cerdas yg bernama Joshua. Joshua mengalami masalah emosi dan tingkah laku sepanjang berada di kelas semata-mata hanya kerana masyarakat sekitar tidak mengetahui keadaan sebenar tentang dirinya. Kesannya, Joshua tidak disenangi oleh rakan-rakan dan sering dipinggirkan kerana sering melakukan perkara yg berlainan dgn org lain. Oleh kerana itu, Joshua suka menyakiti hati kawan-kawannya dan juga bersikap suka menunjuk nunjuk utk mendapat perhatian dan penghargaan. Masalah penyesuai diri dan masalah komunikasi menjadi antara punca Joshua tidak diterima oleh orang sekitarnya termasuklah rakan-rakan sebaya dan guru. Kesannya bakat yang ada tidak sapat ditonjolkan dan sentiasa mempunyai emosi yg tidak stabil kerana tidak gembira berada di sekolah.
Ulasan Akademik
Jika dilihat dari segi akademik kanak-kanak pintar cerdas mempunyai lebih tinggi tahap kecerdasan berbanding kanak-kanak lain. Sebagaimana yg kita fahami, fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yg ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar utk berkembang. Dalam hal ini, kanak-kanak pintar cerdas mempunyai perbezaan rangsangan ketika menerima input yg diajar oleh guru, di mana mereka akan bertindak secara kreatif utk menyimpan maklumat yg diterima ke dlm otak mereka utk jangka masa yg panjang. Bagi menyelesaikan tugasan yg diberikan oleh guru pula,kanak-kanak pintar cerdas kebih suka melakukan tugasan yg mencabar berbanding tugasan yg hanya dapat disiapkan dgn mudah. Hal ini disebabkan mereka mempunyai pemikiran yg kreatif, unik dan idealistik. Dalam menjalani tugasan golongan ini akan mendedahkan sesuatu maklumat itu dgn mendalam supaya dapat difahami oleh guru. Akan tetapi mereka mempunyai beberapa sikap negatif di mana mereka mempunyai jangkaan dan keyakinan yg tinggi terhadap hasil kerja mereka serta tidak suka dikritik. Hal ini kerana pada tanggapan mereka bahawa mereka sudah melakukan tugasan yg terbaik dan tiada sebarang kesalahan yg wujud.
Strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
- Memahami ciri-ciri pelajar pintar cerdas terlebih dahulu - Seperti sedia maklum, pelajar pintar cerdas adalah golongan yg mana kebolehan mereka jauh lebih tinggi drpd rakan sebaya mereka. Oleh yg demikian, terdapat pelbagai perbezaan yg wujud dan tindak balas samada positif atau negatif yg berlaku di dlm kelas. Justeru, sebagai guru, mereka perlu memahami setiap t/laku yg ditunjukkan. Guru perlu mengajar satu topik pengajaran yg meliputi tajuk yg meluas dan memerlukan maklumat yg banyak.
- Penilaian tidak formal di dalam bilik darjah - Bagi pelajar pintar cerdas, satu ujian akan diberikan selepas sesi satu topik pengajaran yg diajar. Pelajar yg memperoleh skor 80% akan diuji dgn tajuk topik pengajaran lain yg lebih mencabar. Selain itu, mereka diberi satu projek khas yg berkaitan dgn satu tajuk yg lebih merangkumi pelbagai maklumat secara meluas. Hal ini bersesuaian dgn ciri-ciri pelajar pintar cerdas yg mempunyai kebolehan belajar yg meningkat serta minat yg ketara terhadap sesuatu perkara baru dlm hidup mereka. Usaha ini dapat mewujudkan pemikiran yg aktif serta dapat mengelakkan perasaan bosan di dalam kelas.
- Pengajaran berpusatkan pelajar - setiap tajuk yg di ajar perlu dilaksanakan mengikut apa yg diminati oleh pelajar tersebut. Selain lebih berfokus ke arah minat minat mereka, sikap berdikari juga secara tidak langsung dapat diserapkan dlm nilai hidup mereka. Strategi ini menguji bagaimana mereka berdikari dan berusaha utk mencari topik yg bersesuaian dgn minat mereka.
- Mewujudkan kumpulan kecil di dalam kelas supaya dapat berkongsi maklumat dgn menyumbang idea masing-masing
- Melibatkan diri dalam seminar atau pameran yg merangkumi tajuk yg tidak dipelajari di dlm kelas atau luar dari senarai kurikulum.
- Menggalakkan penglibatan diri dgn pelajar normal yg lain supaya dapat mewujudkan perkongsian pendapat dan persefahaman
Setelah meneliti artikel ini, terdapat beberapa cabaran yg perlu dihadapi oleh golongan pintar cerdas ini. Antaranya ialah perkembangan pendidikan yg perlu diuabh supaya dapat memenuhi keperluan perkembangan diri pelajar. selain itu, peranan pendidik yg perlu mengubah strategi pengajaran dan pembelajarn sepanjang menghadapi respon pelajar drpd proses pembelajaran yg dilakukan di mana pelajar pintar cerdas memerlukan bantuan dan bimbingan pendidik. maka pihak yg berkaitan perlu faham dan kenalpasti setiap keperluan tersebut supaya bakat yg mereka ada tidak terbantut begitu sahaja.
0 comments:
Post a Comment