Monday 3 August 2015

Strategi Intervensi untuk murid bermasalah Bahasa dan Pertuturan

Terdapat pelbagai cara atau strategi pembelajaran untuk mengajar murid-murid yang mempunyai masalah atau kesukaran dalam bahasa dan pertuturan. Strategi-strategi ini boleh dipraktikkan oleh guru-guru ketika menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. antara strategi-strategi tersebut ialah :

  • Guru perlu menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang kondusif yakni berusaha utk mengurangkan kebisingan semaksimum mungkin. Hal ini akan membantu murid-murid utk lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, cara yg terbaik ialah dengan mengasingkan kelas dari kawasan yg bisingh. Bilangan murid di dalam kelas tidak boleh lebih antara lima hingga ke tujuh org murid di dlm satu kelas. Apabila keadaan kelas terkawal, memudahkan guru untuk mengawal aktiviti ketika menyampaikan pdp.
  • Ketika murid diminta untuk memberi pendapat, guru perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yg disampaikan oleh murid tersebut. Tujuannya ialah untuk memberi galakan kepada mereka untuk bertutur walaupun mereka mengalami kesukaran ketika menuturkan sesuatu perkataan atau ayat. Ketika ini, guru dapat mengesan kesukaran-kesukaran yg dihadapi oleh murid. Contohnya, seorang murid mengalami masalah gagap, guru boleh menjalankan aktiviti seperti meminta murid membaca satu kad ayat dengan perlahan-lahan dan selepas itu guru meminta murid utk mengingati ayat tadi. Secara tidak langsung murid tersebut dapat menyebut ayat tersebut secara berulangan.
  • Guru juga perlu memastikan penggunaan ayat yang jelas, susunan ayat yang mudah serta teratur dan juga mudah difahami ketika menyampaikan sesuatu penerangan atau arahan kepada murid-murid. Hal iai adalah kerana murid-murid yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan mengalami kesukaran untuk menterjemahkan maklumat yg disampaikan oleh guru secara serentak. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh guru ialah dengan memberi arahan secara berperingkat dengan penggunaan ayat yg pendek dan mudah. Penggunaan 'analisis tugasan' adalah suatu kaedah di mana guru memberi arahan kpd murid dari arahan yg mudah ke susah secara berperingkat. Kaedah ini adalah yg terbaik utk membantu murid-murid memahami tugasan yg disampaikan oleh guru. Misalnya, arahan menggosok gigi. 
          1. Ambil berus gigi tangan kanan dan ubat gigi di tangan kiri
          2. Picitkan sedikit ubat gigi ke berus gigi
          3. Berus di bahagian depan gigi sebanyak 4 kali dan seterusnya
  • Ketika guru memberi arahan, murid perlu ada di hadapan guru dan meminta murid tersebut utk mengulang semula arahan yg disampaikan oleh guru sebelum melaksanakan tugasannya. Tujuan pengulangan tersebut ialah sebagai latihan pertuturan, membentuk keyakinan murid utk bertutur, sekaligus memastikan murid tersebut benar-benar faham maklumat yg disampaikan oleh guru. 
  • Menggalakkan murid-murid untuk bercakap secara 'one-to-one' dgn guru. Tujuannya ialah untuk memupuk keyakinan murid tersebut utk bertutur dan juga guru secara tidak langsung dapat membantu membetulkan kesalahan sebutan serta merta ketika sesi perbualan bermula. Namun begitu, guru perlu berhati-hati agar tidak memberi tekanan sekiranya murid tersebut seringkali melakukan kesalahan sepanjang perbualan tersebut. Guru boleh menarik perhatian murid utk memulakan perbualan dgn membincangkan topik yg diminati oleh murud tersebut. Contohnya : 1)menceritakan pengalaman Ali sepanjang berada di kampung. 2) Makanan kegemaran Aisyah.
**Oleh yang demikian sebagai guru perlu kreatif menjana idea untuk menarik perhatian murid utk fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran yg disampaikan. Di samping itu, guru perlu tahu menggunakan laras bahasa yg sesuai ketika menyampaikan maklumat pengajaran kpd murid.

0 comments:

Post a Comment