Seperti sedia maklum, pencapaian pelajar CP (masalah pendengaran) dalam bidang akademik masih lagi berada pada tahap lemah. Keadaan ini berlaku disebabkan penguasaan bahasa mereka yang lemah. Kajian juga mendapati bahasa yang digunakan oleh pelajar CP bukan sahaja berlainan tetapi hasil penulisan mereka juga turut berbeza akibat kesan daripada menggunakan bahasa isyarat dalam kehidupan seharian. Punca yang dikenalpasti ialah kemahiran membaca yang rendah menjadi faktor pelajar CP tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Dalam mewujudkan komunikasi antara manusia, penguasaan bahasa yang baik dan berkesan perlu wujud supaya maklumat dapat sampai kepada penerimanya.
Penggunaan Bahasa isyarat yang mempunyai 2 jenis iaitu Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia.(BIM). KTBM lebih kepada bahasa isyarat formal yang digunakan dalam pdp di sekolah manakal BIM lebih dikenali sebagai 'bahasa pasar' yang pelajar-pelajar CP ini gunakan dalam perbualan antara mereka. Kedua-dua kod mempunyai kelebihan dan kekurangan. Walaubagaimanapun, untuk membiasakan pelajar CP berbahasa dengan komunikasi yang berkesan penggunaan KTBM amat digalakkan. Namun, mereka tetap fasih menggunakan BIM kerana sudah terbiasa.
Hanafi dan Chong (2010) menyatakan bahawa pendengaran memainkan peranan yg penting dlm kehidupan manusia kerana ia merupakan komponen yang penting untuk manusia memahami dan menguasai pertuturan dan komunikasi. Bagi golongan yang bermasalah pendengaran atau mengalami pekak, mereka telah mewujudkan peraturan bahasa yang diciptakan oleh mereka sendiri iaitu bahasa isyarat di mana kaedah tersebut adalah cara untuk menyampaikan maklumat kepada si penerima.
Bagi proses pengajaran terhadap pelajar cp, wujud permasalahan di mana pelajar ini sukar menguasai bahasa dengan baik. Masalah utama pelajar cp adalah kebolehcapaian dalam memperoleh input bahasa yg mencukupi pada usia yang tepat. Oleh itu, pengetahuan pelajar cp mengenai makna perkataan akan menjadi berkurangan yang menyebabkan kandungan kefahaman ke atas kandungan teks menjadi sukar.
Isu yang sering menjadi masalah dalam penguasaan bahasa ini adalah berkaitan pelajar cp yg melibatkan tatabahasa. Selain itu juga, kelemahan menggunakan sebutan, maksud dan hubungannya dalam perkembangan bahasa. Kesemua isu ini dianggap berat dan menjadi penghalang utama bagi pelajar cp ini untuk menguasai bahasa. Kajian oleh Izani Haji Daud (1995) mendapati bahawa penggunaan bahasa dalam karangan pelajar cp adalah di tahap lemah. Hal ini memang diakui oleh kebanyakan guru-guru cp yg turut merasai tekanan dalam melatih dan mengajar mereka berkenaan dengan pembinaan ayat yang baik. Isu ini semakin lama menjadi lebih teruk kerana memberi kesan juga kepada semua subjek yang dipelajari.
Antara faktor penyumbang kepada kelemahan dalam penulisan di kalangan pelajar cp adalah kerana mereka terbawa bawa sikap berkomunikasi mereka ke dalam penulisan sama ada berbentuk formal atau pun tidak. Hal ini menyebabkan mereka menghasilkan karangan dengan penggunaan ayat-ayat yang tidak gramatis. Jika diperhatikan juga, semasa berkomunikasi di dalam bahasa isyarat pun mereka masih tidak dapat menggunakan ayat dengan baik. Masih lagi memerlukan kefahaman yang tinggi untuk memahami setiap bahasa yg ditunjukkan. Hanya orang yang betul-betul memahaminya sahaja dapat mentafsirkannya.
Perkara utama yang perlu diketahui ialah kelemahan pelajar ini untuk memahami setiap ayat. Hasil kajian mengenai analisis dapatan temubual yg dijalankan ialah memperlihatkan bahawa pencapaian pelajar cp dlm akademik adalah sangat lemah. Perkara ini terbukti kerana langkah pertama untuk menyampaikan maklumat dgn baik adalah perlu memahami suatu perkataan terlebih dahulu. Apa yg dapat diperhatikan ialah pelajar cp langsung tidak memahami ayat yang dibualkannya dan hanya menyampaikan bahasa yg diciptakan oleh mereka sendiri. Hal ini disokong oleh kajian Syamsinar 2013 yg menyatakan bahawa kefahaman terhadap pengajaran guru menggalakkan lagi penglibatan pelajar di dalam kelas.
Penguasaan bahasa yang baik dapat menjamin pelajar cp ini untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Walaupun mereka menggunakan bahasa isyarat dalam berkomunikasi, sewajarnya mereka harus mencapai aras penguasaan bahasa dengan baik. Kemahiran ini perlu ditekankan sejak berada di sekolah lagi. Pihak guru perlu mengadakan satu subjek khas untuk mempelajari bahasa sebaiknya. Dan dlm subjek tersebut perlu ada aras-aras bahasa yang perlu lulus. Jika pelajar tersebut lulus barulah pergi ke aras seterusnya. Sememangnya isu ini dianggap remeh, akan tetapi ia perlu diberi perubahan supaya tidak mendatangkan kesan yg berpanjangan kepada individu tersebut. Hal ini kerana, selepas sekolah pelajar cp ini akan meneruskan kerjaya dgn memerlukan penguasaan komunikasi dan penulisan dengan baik. Jika dari sekarang tidak diperbetulkan maka agak tipis pelajar cp ini untuk meneroka kepelbagaian bidang yg ada.
Sekian dari,
Pendidik Pelajar CP
0 comments:
Post a Comment