Baru-baru ini guru-guru cp dikejutkan dengan kegiatan buruk yang dilakukan oleh pelajar cp. Kegiatan negatif yang selama ini mereka sembunyikan diketahui apabila seorang daripada pelajar tersebut membocorkan cerita dan menceritakan segala-galanya. Rahsia demi rahsia mereka kami selidik dan segala tindakan mereka akhirnya terbongkar dan kami tahu siapa dalangnya.Kami sebagai guru tergamam seketika dan berfikir terus berfikir hukuman yang wajar dikenakan terhadap pesalah.
Mereka lakukan kegiatan tersebut secara berkumpulan dan berjemaah di asrama. Patutlah apabila waktu mengajar mereka kelihatan sangat mengantuk. Rupa-rupanya mereka mempunyai aktiviti di malam hari. Bukan membaca, bukan menonton tv, apatah lagi bukan beribadat...tetapi mereka asyik dan seronok menonton video lucah melalui handphone masing-masing. Segala bukti telah dijumpai. Hasilnya, kami berjaya merampas semua handphone pelajar2 tersebut dan kami membuka dan memang sah dan terbukti segala-gala macam video lucah yang menggiurkan menjadi tontonan mereka saban hari. Uishhh....dashyat sungguh pelajar cp ini. Walaupun tahap pemikiran pada aras rendah tetapi bab2 seks memang advance.
Sememangnya kehendak seks merupakan fitrah semulajadi setiap manusia, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira cacat pendengaran atau penglihatan. Semua manusia dianggap normal jika mempunyai kehendak tersebut dan jika sebaliknya dikatakan abnormal. Namun, persoalannya sekarang wajarkah pada tahap masih bersekolah didedahkan dengan unsur-unsur seperti menonton video lucah. Adakah semangat ingin tahu mereka yang terlampau mendorong mereka untuk melakukan aktiviti tersebut dengan sesuka hati ? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam isu ini. Tidak disangkal lagi, pelajar normal turut melakukan perkara yang sama malah lebih dashyat. Pihak yang bertanggungjawab perlu lebih peka dan mengawasi gerak laku pelajar-pelajar seperti ini kerana berkemungkinan semangat ingin tahu mereka itu akan mendorong mereka membuat eksperimen kepada diri sendiri setelah kerap kali menonton video lucah tersebut.
Perkara yang lebih menjadi kemusykilan, sebagai guru sains perkara yang dapat diperhatikan ialah bab persenyawaan antara bab yang mudah untuk mereka kuasai. Pelajar cp ini paling cepat memberi respon. Jadi, kesimpulannya mereka memang berminat dengan tajuk ini.
Setelah disiasat, terdapat beberapa sebab yang mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut.
- Faktor rakan sebaya - Seorang pelajar yang memang mempunyai latar belakang keluarga yg bermasalah dan menyebabkan dia terlampau bebas bergaul dengan rakan-rakan di kalangan samseng. Jadi pengaruhnya terbawa-bawa sehingga di kalangan rakannya di asrama.
- Di asrama tiada pihak yang mengawasi dan peka dengan tindakan luar kawalan mereka.
- Tiada aktiviti yang berfaedah yang dapat dilakukan di asrama. Seperti sedia maklum mereka malas dalam bidang akademik dan berminat dgn aktiviti luar
- Membawa handphone sesuka hati
- Rasa ingin tahu lebih mendalam dalam seks.
- Jauh dari keluarga.
Sekian
Guru Prihatin.
0 comments:
Post a Comment