Friday 3 July 2015

Pengurusan Tingkah Laku Pelajar Bermasalah pendengaran

Tahukah anda bahawa setiap murid-murid yang berada dalam arus pendidikan khas termasuk masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan  memerlukan pengurusan tingkah laku yang sistematik dan teratur.  Walaubagaimanapun, pengurusan yang dikenakan tidak sama dan mempunyai prosedur yang berbeza mengikut tahap keperluan seseorang. Apakah yang dikatakan sebagai pengurusan tingkah laku?

Pengurusan tingkah laku adalah satu strategi tindakan intervensi yang menggunakan prinsip-prinsip analisis tingkah laku yang memerlukan pemerhatian dan ukuran terperinci tentang tingkah laku yang hendak diurus. Pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai.

Mengapa PTL (pengurusan tingkah laku) perlu dilaksanakan?
Secara umumnya, sememangnya ptl ini tidak boleh dilakukan secara individu memandangkan bilangan murid bermasalah yang majoriti dan perilaku murid yang berbagai ragam dan berbagai laku. Namun, terdapat beberapa kaedah bagi guru pendidikan khas melaksanakan ptl ini secara sistematik terhadap murid yang bermasalah.  Ptl ini juga perlu dilaksanakan supaya dapat meningkatkan tingkah laku positif pelajar dan secara tidak langsung mengurangkan tingkah laku bermasalah pelajar. Secara tidak langsung bagi mengelakkan tingkah laku bermasalah tersebut berlaku secara berterusan yang akan memberi kesan terhadap perkembangan kognitif dan sosial terutamanya semasa pdp.

Langkah-langkah dalam pengurusan tingkah laku.
1. Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
2. Mengumpul data - iaitu data yg dikumpul mesti direkod dan dapat dikenalpasti dlm mengetahui masalah
    secara tepat. Data ini dapat membantu dalam pemilihan strategi intervensi yg digunakan.
3. Menentukan tingkah laku yang hendak dicapai terhadap sasaran.
4. Mengenalpasti pelaksanaan setiap peringkat - masa yg perlu dikenalpasti ialah memastikan pada    peringkat  mana ia perlu dilaksanakan. pada peringkat ini perlu dipastikan pelaksanaan tersebut mengikut turutan.
5. Memilih strategi dan kaedah yg digunakan sesuai dengan seseorang murid dan persekitarannya.
6. Menentukan ganjaran dan dendaan - guru perlu maklumkan terlebih dahulu ganjaran dan dendaan yang akan dilaksanakan supaya murid dapat mengekalkan dan mengurangkan tingkah laku yg disasarkan.
7. Menjalankan penilaian berskala dan berterusan.
8. Melaksanakan tindakan susulan - membuat tindakan selanjutnya melalui pemerhatian yg dibuat
9. Bina satu pendekatan supaya tingkah laku negatif tidak berulang
10. Membuat analisis.

Merujuk kepada kajian Azwar (2015) , 'Pengurusan Tingkah Laku terhadap Pelajar bermasalah pendengaran' mendapati bahawa melalui pengurusan tingkah laku yang teratur dan sistematik mampu mengubah dan mengurangkan tingkah laku bermasalah yg ditunjukkan oleh pelajar tersebut terutama pada waktu pdp. Sampel yg digunakan ialah pelajar bermasalah pendengaran yg mempunyai masalah dalam memberi perhatian dalam kelas walaupun pada waktu yg singkat. Pelajar tersebut menunjukkan keadaan yg tidak selesa atau bosan ketika guru mengajar walaupun guru tersebut telah melaksanakan stimulasi pengajaran yang menarik. Perkara yg dapat diperhatikan ialah, ketika guru sedang memberi penerangan semasa pdp, pelajar tersebut akan memalingkan perhatian ke kiri dan ke kanan, bergerak ke sana ke mari dan memandang rakan di belakang.

Tingkah laku pelajar yg tidak boleh memberi perhatian

Tingkah laku pelajar yg mengganggu rakan lain

Buat-buat 'sibuk' ketika guru di hadapan

Foto-foto di atas menunjukkan tabiat atau perilaku pelajar (sampel kajian) yang merupakan masalah dalam tingkah laku. dapat dilihat bahawa setiap perilaku yang ditunjukkan lebih kepada pergerakan yang aktif dan tidak mahu duduk di tempat sendiri dalam masa yang agak lama.

Kaedah yg digunakan untuk mengurangkan tingkah laku.

Memandangkan sampel mengalami masalah sukar memberi perhatian di dalam kelas, pengkaji telah melaksanakan satu kaedah untuk mengurangkan tingkah laku tersebut. Pengkaji menggunakan kaedah "ekonomi token" iaitu satu kaedah berbentuk ganjaran jika pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif. Pemberian token akan diberi kepada semua pelajar di dalam kelas tersebut dan pelajar-pelajar akan bersaing untuk mendapatkan token dan seterusnya memperoleh hadiah bagi pelajar yg mempunyai token yang terbanyak.

Contoh token yang digunakan sepanjang kajian


Penggunaan token
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sticker sebagai token yang ditampal di dinding kelas. Tujuannya supaya pelajar boleh melihat dan menilai tahap perkembangan diri masing-masing. Di awal kajian, sampel memperoleh token yang paling sedikit berbanding rakan-rakannya yang lain. Tetapi setelah beberapa minggu, sample menunjukkan perubahan dalam tingkah laku yang lebih baik seperti memberi respon terhadap apa yang guru ajar di hadapan kelas, rajin menceriakan kelas dan membuat latihan walaupun tidak disuruh. Sampel berjaya menunjukkan perubahan tingkah laku dalam masa 8 minggu.

Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian yang dilaksanakan ialah sampel kajian boleh mengubahsuai tingkah laku yang bermasalah kepada tingkah laku yang lebih positif dengan adanya ganjaran atau hadiah daripada guru. Strategi yang dipilih bersesuaian dengan tingkah laku yang ditunjukkan. Bagi kajian seperti ini, sampel kajian boleh memberi fokus walaupun hanya sementara sahaja. Apa yang dapat diperhatikan ialah sampel boleh menyiapkan tugasan dan fokus dengan tugasan yang diberi. Dapatan juga menunjukkan sampel semakin boleh memberi perhatian semasa pdp serta memberi respon. Jadi, pengurusan tingkah laku yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah mencapai sasaran.




Sekian. :)

Thursday 2 July 2015

Mari Belajar Bahasa Isyarat


Selamat datang ke Blog saya. Mari kita belajar Bahasa Isyarat. Sempena bulan Ramadan ini mari kita belajar bagaimana berbual dalam bahasa isyarat .

Allah    
 Tangan kanan 'A' dikenakan ibu jari pada tengah dahi lalu digerakkan ke atas.

Agama
Tangan kanan 'U' tapak menghadap kiri, rapatkan di tengah dada, lalu gerakkan ke depan.

Doa
Kedua-dua belah tangan diangkat ke dada dengan dengan tapak terbuka ke dalam.

Puasa
Kedua-dua belah tangan telunjuk membuat tanda pangkah pada bibir.

Masjid
Kedua-dua belah tangan "M" paras dada lalu gerakkan melengkung naik ke atas sehingga kedua belah tangan bertemu.

Syukur
 Kedua-dua belah tangan "5" jari terbuka tapak ke atas menyentuh tepi pipi, lalu di naikkan sedikit ke atas.


Selamat belajar :)

Sekian,