Monday, 3 August 2015

Adakah Golongan Pekak Terpinggir. Bincangkan.


Terasing..Terpinggir..Terkecuali..
Keadaan yang sering dirasakan oleh golongan pekak
Adakah mereka gembira,
Adakah mereka rasa bangga
Atau, adakah mereka rasa cukup dgn hak keistimewaan yg diberi.
semua itu mereka sendiri yg rasa
Kita sebagai masyarakat majmuk tidak perlu membezakan dan merendahkan
ketidaksempurnaan yg mereka ada.
sewajarnya kita semua hambaNya harus saling lengkap melengkapi
utk mencapai kesempurnaan yg hakiki
kekurangan yg dialami perlu sama sama rasai
moga menjadi dorongan kpd yg terkecuali

Kata kata di atas menerangkan serba sedikit tentang situasi sebenar yg dihadapi sendiri oleh golongan cp iaitu golongan cacat pendengaran dalam menghadapi arus kehidupan bersama-sama dengan golongan yang normal. Arus pemodenan yang makin hari semakin canggih ini kadang-kadang telah membataskan perhubungan komunikasi antara satu sama lain tidak kira bersama golongan yg cacat mahupun yg sempurna.
     Bagi golongan cp mereka sendiri akan merasai perbezaan situasi apabila bersama dengan kumpulan mereka yg sama2 golongan cp, dan kumpulan yg lain iaitu golongan manusia yg normal. Adakala terbit dalam diri sendiri seakan akan diri mereka dipinggirkan oleh golongan yg secara amnya sememangnya tidak boleh memahami dan berkomunikasi dengan mereka. Pada satu-satu keadaan di mana mereka dipandang rendah oleh sesetengah golongan terutama majikan di tempat kerja.  Sesetengah majikan tidak mahu mengambil golongan OKU sebagai pekerja mereka disebabkan mengalami ketidaksempurnaan yg akan memberi kesan kepada syarikat tempat bekerja. Walhal, sebenar benarnya golongan CP ini mampu dan boleh bekerja seperti orang lain juga memandangkan mereka mempunyai otak dan pemikiran yang waras. cuma, apa yang membataskan mereka ialah dalam pergaulan dan cara berkomunikasi. Pihak majikan yg bijak akan mengambil pekerja OKU ini dan menempatkan mereka di bahagian yang memerlukan kemahiran dan teknikal iaitu tidak perlu berhadapan dgn pelanggan yg memerlukan hubungan komunkikasi. Kajian mendapati bahawa kelebihan yg diperolehi oleh golongan OKU lebih baik berbanding golongan normal yg adakala juga mempunyai rekod buruk sepanjang bekerja.
     Dalam situasi di sekolah pula, pelajar perdana adakala mengelakkan diri dari bercampur dan bergaul dengan pelajar cp ini. Hal ini kerana mereka tidak boleh menggunakan bahasa isyarat dengan baik dan pelajar cp tidak boleh memberi respon apabila mereka mula berbicara. Akibatnya, pelajar perdana enggan dan tidak mahu bekerjasama dgn pelajar cp walau apa jua bahagian termasuk permainan dan kelab di sekolah. Dari segi analisis peperiksaan pelajar CP pula, selalunya guru-guru perdana tidak memasukkan data analisis peperiksaan pelajar cp ke dalam rekod mereka. Situasi ini sangat tidak relevan. Apakah disebabkan mereka pelajar pekak tidak boleh diselaraskan dengan analisis sekolah? atau disebabkan markah mereka yg sangat sedikit? Walhal pelajar perdana  ada juga yg mendapat lebih teruk markah berbanding pelajar cp ini. Jadi siapa yg haus dipersalahkan ? mengapa perlu ada diskriminasi? Mengapa perlu ada pengecualian? 
     Pihak yg terlibat perlu melihat situasi ini sebagai perkara yg penting kerana golongan cp ini juga mempunyai hak keistimewaan dalam bidang pendidikan. Jadi, jangan sesekali melemahkan keyakinan diri mereka serta memandang rendah dengan kemampuan yg mereka ada. Sebagai golongan yg normal kita perlu berpandangan jauh terhadap golongan seperti ini. Jangan hanya melihat kelemahan dan kecacatan seseorang, Tetapi pandanglah kelebihan dan kebaikan yg telah dilakukan. Sebagai ingatan semua pihak.

Sekian
Guru CP Prihatin.
 



0 comments:

Post a Comment