Sunday 2 August 2015

Gagap dan Masalah artikulasi

Perkaitan antara gagap dan masalah artikulasi

Jarang-jarang sekali kita menemui  kanak-kanak yang boleh bercakap dengan lancar dan baik intonasinya. memandangkan mereka masih di peringkat kanak-kanak, mereka hanya boleh meniru atau mengikut percakapan orang di sekeliling mereka termasuk ibu bapa. Seawal usia 1 atau 2 tahun kanak-kanak sudah mampu mengeluarkan beberapa patah perkataan yang tidak berapa betul butir perkataannya tetapi masih boleh dijangka maksud atau perkara yang ingin disampaikannya. 
  Tanggapan pertama yang diberikan apabila bertemu dengan kanak-kanak yang gagap ialah selalu ditertawakan dan sukar difahami maklumat yang ingin disampaikan. Perlakuan seperti sering bercakap  secara berulang-ulang dan tercungap-cungap untuk menghabiskan satu ayat yang dituturkan. Kanak-kanak sebegitu diklasifikasikan menghadapi gangguan dalam kelancaran pertuturan atau gagap.
  Pertuturan tersekat, sukar mengeluarkan perkataan, bunyi atau suku kata berulang-ulang malah ada masa berlaku sebutan terhenti dan ayat yang ingin disampaikan tidak dapat dibina. Masalah artikulasi yang dihadapi oleh mereka tidak membolehkan mereka bercakap dengan sempurna seperti kanak-kanak lain. Pakar kanak-kanak mengatakan bahawa kanak-kanak gagap turut mengalami pergerakan luar kawalan pada muka seperti mata berkedip kedip dan gerakan pada otot pipi atau leher. 
  Kanak-kanak gagap ini sering rasa bimbang diketawakan kerana kebanyakan orang yang mendengar perbualan kanak-kanak gagap ini agak lucu dan menarik perhatian. Justeru, kanak-kanak gagap ini akan cuba mengelak keadaan tertentu seperti memberi ucapan, bercakap melalui telefon dan melakukan persembahan di khalayak ramai. Implikasinya pada masa hadapan ialah ia memberi kesan psikologi seperti hilang keyakinan, sering mengasingkan diri dan enggan bergaul dengan rakan. 
   Ramai beranggapan orang gagap menghadapi masalah pembelajaran tetapi sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan kecerdasan otak. Bagaimanapun, gagap boleh menjejaskan kecemerlangan dalam pekerjaan atau pembelajaran. hal ini kerana ia berkait rapat dengan ketidakbolehan berkomunikasi dan menyampaikan buah fikiran sehingga gagal meyakinkan orang lain. 
   Kajian mendapati 60% kanak-kanak gagap mempunyai ahli keluarga yang juga gagap. Selain faktor genetik,gagap disebabkan individu itu sendiri gagal mencari perkataan yang betul, mengambil masa yang lama utk mencari butir perkataan yang patut dituturkan, dan bercakap cepat. Terdapat beberapa panduan untuk mengatasi gagap iaitu menerusi aktiviti membaca.

1. Menjadikan buku sebagai bahan asas  - Jadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti mengisi masa lapang supaya sambil membaca mereka dapat menuturkan dan membunyikan setiap perkataan yang dibaca. Perlu dibaca dengan suara yang kuat.

2. Membaca dengan kuat  - Cara yang efektif untuk mengesan perkembangan kanak-kanak berbanding dilakukan secara senyap. Ia juga antara cara untuk membina perbendaharaan kata, kefahaman dan keyakinan kanak-kanak. 

3. Jadi rakan pembaca ketika kanak-kanak tersebut sedang membaca  - Peranan ibu bapa ialah sentiasa ada menemani ketika kanak-kanak membaca. Cari waktu yang tepat untuk duduk disisinya dan memperbetulkan apa yang salah. secara tidak langsung boleh mengetahui kelemahan anak dan memperbetulkan kesilapannya.

Walaupun gagap dapat dapat dikurangkan, tetapi mengambil masa kerana ada juga yang kembali menjadi gagap semula selepas menjalani terapi. Ibu bapa perlu memberi peluang kanak-kanak gagap ini menghabiskan ayat, elakkan mengganggu semasa mereka sedang bercakap, Bagi masa kanak-kanak tersebut untuk menjawab apa yang ditanya. Selain itu, banyakkan berkomunikasi ketika aktiviti riadah atau masa terluang supaya tahap pertuturan mereka meningkat. Kajian juga mendapati dengan menyanyi boleh mengurangkan gagap kerana ia salah satu terapi yang baik. 

Sekian , :)

0 comments:

Post a Comment