Thursday, 7 May 2015

Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran

masalah pendengaran

MARI kenali ciri-ciri yang dapat dikesan terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Untuk makluman, kita boleh mengesan keupayaan mendengar anak-anak kita semenjak masih bayi lagi. Jika dilihat, kita sering dedahkan mereka dengan rangsangan dari barang mainan maujud yang mempunyai rangsangan bunyi dan didekatkan ke bahagian telinga bayi tersebut. Kita akan melihat respon bayi mencari-cari arah bunyi tersebut dimainkan samada dari arah atas, bawah, kiri dan kanan. pergerakan anak mata bayi akan mencari-cari bunyi yang didengar dalam saluran telingan nya. Jadi, dari sudut pemerhatian bayi tersebut mempunyai tahap pendengaran yang normal. Manakala, sebaliknya iaitu jika bayi tersebut tidak memberi reaksi atau respon terhadap bunyi yang dimainkan maka bayi tersebut mengalami masalah dalam mekanisme pendengarannya. Pada tahap ini, ibu bapa perlu bertindak untuk memberi tinakan awal supaya sesuatu rawatan perlu dilanksanakan. Ibu bapa disarankan menguji tahap keupayaan pendengaran anak-anak seawal 7 hari selepas dilahirkan.

Lazimnya, seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pendengaran akan bertindakbalas terhadap bunyi yang perlahan serta boleh mendengar percakapan dengan jelas. (Clark,1999). Maka, jika sebaliknya berlaku berkemungkinan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dalam saraf telinganya.
Antara ciri-ciri yang dapat dikenalpasti ialah seperti :
  • kurang memberi perhatian - ciri ini dapat dikenalpasti apabila seorang kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang reaksi mahupun perhatian kepada orang sekeliling yg bercakap dengannya. selalunya mereka tidak mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi, dan kadangkala juga mereka tidak terkejut dgn bunyi yang kuat memandangkan gegendang telinga tidak berfungsi.
  • sukar mengikut arahan - Apabila tidak boleh memberi respon, secara tidak langsung kanak-kanak tersebut sukar untuk menerima arahan secara lisan. Hal ini kerana mereka sukar untuk memahami arahan yang mudah dan akan menyuruh arahan tersebut diulang berkali-kali sehingga boleh difahami terutama arahan diberi dalam jarak jauh.
  • kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan - Memandangkan fungsi pendengaran mereka tidak seperti kanak-kanak tipikal yang lain, maka mereka merasakan kehadiran mereka di dalam sebuah kumpulan adalah sia-sia kerana tidak mampu memberi respon dan pendapat yang baik. kesan negatif ialah kanak-kanak tersebut mungkin dipinggirkan atau dikecualikan dari terlibat mana-mana aktiviti.
  • cara percakapan yang pelik - kadangkala kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran ini mengeluarkan perkataan yang tidak sempurna dan kurang difahami oleh orang lain. Hal ini kerana mereka mempunyai masalah pertuturan yang menjadikan mereka tidak boleh menyebut satu-satu ayat dengan baik.
  • masalah kesihatan - kanak-kanak ini sering mengadu mengalami masalah kesihatan seperti sakit telinga, selesema, sakit tekak dan tonsilitis. masalah dan gangguan kesihatan ini biasanya berkaitan dengan pendengaran.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak-anak yang mempunyai ciri-ciri masalah pendengaran ini. Hal ini adalah kerana rawatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti kategori kehilangan pendengaran yang dihadapi oleh seseorang itu. Tidak semua kanak-kanak yg bermasalah pendengaran ini mengalami darjah kehilangan pendengaran yang sama. Apabila darjah kehilangan pendengaran telah dikenalpasti, maka tindakan susulan perlu dilakukan bagi mencegah kerosakan saraf telinga menjadi lebih teruk.

                              ~Semoga penerangan ini bermanfaat untuk pembaca ~

Sekian.

1 comment:

  1. Salam prof, saya ada seorang kawan ni...dia selalu kurang bagi perhatian semasa memandu, selalu mengantuk..jadi soalan saya, adakah keadaan beliau ini berkaitan dengan salahsatu ciri-ciri yang tuan/puan nyatakan di atas iaitu "kurang memberikan perhatian.." tersebut ? Harap dapat penjelasan dari pehak tuan ye..terima kasih.

    -pelajar yg musykil selalu-

    ReplyDelete