Pengenalan
Hilang pendengaran menyebabkan sesorang itu menjadi terasing di dunia ini. Mereka menjadi terpinggir kerana apa yang dikata tidak difahami atau salah tafsir. Beliau juga mungikn akan mengalami kemalangan atau kehilangan pekerjaan. Terdapat 3 jenis kecacatan pendengaran:
- Berpunca dari masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.
- Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
- 'Sensorineural' (saraf deria)
- 'Conductive' (Gangguan aliran bunyi)
- Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory'
- Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
- 'Mixed' (gabungan)
- Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural'
Kehilangan pendengaran mempunyai 4 tahap iaitu kurang, sederhana, teruk dan sangat teruk. Pendengaran yang sangat teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.
Faktor-faktor kecacatan pendengaran
Apakah punca terjadinya pekak/tuli?
Apakah punca terjadinya pekak/tuli?
- Faktor genetik keturunan
- Pengumpulan cecair di bahagian tengah rongga telinga
- Bayi lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
- Kurang bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
- Jangkitan kuman contohnya 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis'
- Terdapat jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
- Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
- Biasa terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
- Terdapat banyak tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
- Berlakunya Gegendang telinga telah pecah
- Terjadinya jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
- Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
- Peningkatan umur (semakin tua)
Kalau dah memang semulajadi pekak takpelah, tapi ni yang saje-saje buat pekak ni, apa crita pulak?
ReplyDeleteSoh die m..
ReplyDelete