Thursday, 7 May 2015

Definisi Pekak @ Bermasalah Pendengaran dari sudut Para Pengkaji

Masalah pendengaran

Tahukah anda siapa yang digelar sebagai pekak ?

Tahukah anda siapa yang mengalami masalah pendengaran ?

Mari kita terokai dan selami pengertian sebenar benarnya apa yang dimaksudkan dengan pekak @ bermasalah pendengaran. Mungkin anda juga tergolong dalam dua kumpulan tersebut.

Jika diperhatikan istilah seperti 'pekak bisu', 'cacat pendengaran' dan 'pekak tuli' sering dijadikan sebagai gelaran terhadap kumpulan kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran teruk dan sangat teruk. istilah-istilah ini sering mengelirukan ramai orang dan ada juga yang salah mentafsirkannya. Selain itu juga, istilah-istilah ini kurang disenangi oleh masyarakat dan dianggap sebagai kurang kesopanan dalam berbicara.

Oleh yang demikian, istilah 'bermasalah pendengaran' digunakan untuk menggantikan istilah 'pekak bisu', 'cacat pendengaran' dan 'pekak tuli'. Istilah 'bermasalah pendengaran' adalah istilah yang biasa digunakan oleh pihak perubatan klinikal . Hal ini kerana mengikut kajian, kanak-kanak yang digelar pekak adalah tidak pekak sepenuhnya kerana mereka masih mempunyai sisa pendengaran walaupun sedikit.

kanak-kanak pekak

Antara definisi yang diperolehi daripada pengkaji.

1. Bee 1995 - kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran 
                      mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.

2. Asmah Omar 1986 - individu yg dilahirkan dgn kecacatan pada deria pendengaran yg menyebabkan ia
                                     tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat mendengar dan menghayati 
                                     pemikiran serta budaya melalui bahasa.

3. Johnson 1975 - Masalah pendengaran didefinisikan kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan deria  
                             pendengarannya.

4. Allen 2009 - mendefinisikan murid bermasalah pendengaran sebagai murid yang telah kehilangan deria 
                        pendengarannya. menghadapi sesuatu tahap yang menghalang kefahaman pertuturan melalui 
                        telinga sahaja atau tahap penggunaan alat pendengaran

5. Chuah 1992 - kanak-kanak bermasalah pendengaran boleh dikatakan lebih tepat sebaga seorang yang
                          rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan.

6.Kamus Dewan Edisi 4 - pekak ialah tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan
                                        baik.

**Secara umumnya, orang bermasalah pendengaran di Malaysia dikategorikan sebagai sebahagian daripada OKU berdasarkan pengkategorian pihak kementerian walaupun kebanyakan orang bermasalah pendengaran berasa "berat hati " untuk menerima pernyataan tersebut. **

Sekian,
Dari meja pengarang,
Rawza Wa.
06.05.15

1 comment:

  1. Puan, saya nak tanya mengenai satu istilah dalam Bahasa Melayu kita ni iaitu Pekak Badak. Adakah ia boleh dikategorikan sebagai salah satu definisi masalah pendengaran atau bahasa kiasan sahaja?

    ReplyDelete