Tuesday 5 May 2015

Program Pendidikan Khas di SEMAJA,Teluk Intan Perak

semaja15

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan pembaca, di Semaja terdapat 2 program pendidikan khas iaitu program bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran. Kedua-dua program tersebut mempunyai penglibatan yang aktif dalam pelbagai bidang terutamanya bidang kokurikulum.

Bagi program bermasalah pendengaran, jumlah pelajar setakat ini ialah seramai 13 orang bersama dengan 8 orang guru, manakala program bermasalah pembelajaran pula pelajar mempunyai seramai 62 pelajar yang terdiri daripada pelbagai jenis ketidakupayaan bersama dengan 13 orang guru. Setiap aktiviti yang diceburi , akan menghasilkan kejayaan demi kejayaan. secara tidak langsung matlamat ke arah "kemenjadian murid" itu tercapai. justeru, sokongan demi sokongan perlu diberikan supaya pelajar-pelajar ini terus maju ke hadapan tanpa memikirkan kecacatan yang dialami.

Terdapat beberapa program yang kami telah laksanakan. Antaranya ..





Program Lawatan di Singapore pada 
September 2014
Tempat yg dilawati
Universal Studio Singapore












Lawatan  di Kilang Kicap Tamin di Kuala kangsar
















Aktiviti mencuci mata di JPO - johor Premier Outlet











Antara kejayaan pelajar-pelajar ini pula .



Tiga orang pelajar ini memperoleh kejayaan dalam Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri.









                                         Pelajar ini memperoleh anugerah dalam 2 acara bagi 
                                                        Peringkat Negeri Perak

**Semoga dengan penglibatan aktif pelajar-pelajar pendidikan khas ini akan dapat menyemarakkan lagi program pendidikan khas untuk masa akan datang dan pada masa yang sama memberi kesan mendalam dalam diri masing-masing.

1 comment:

  1. Wah seronok jugak dapat sertai Pendidikan Khas ni, banyak berjalan-jalan ye..yang bestnye dapat pergi ke Universal Studio Singapura lagi...Em macamane nak apply jadi tenaga pengajar di Pendidikan Khas ni ye? Kat kawasan mana Semaja dalam Teluk Intan tu, maaf saya kurang arif kawasan Teluk Intan ni.

    ReplyDelete