T.R.A.N.S.I.S.I
Terdapat beberapa persoalan yang wujud apabila diperkatakan tentang 'Program Transisi'. Secara umumnya, transisi merupakan sebuah program yang membolehkan pelajar-pelajar bergerak atau beralih dari alam persekolahan ke alam persekolahan selepas sekolah. Hal ini termasuklah pendidikan selepas sekolah menengah, latihan vokasional, pekerjaan, latihan hidup berdikari dan sebagainya.
Selain itu juga, program transisi merujuk kepada keberkesanan program yang membimbing pelajar berkeperluan khas ke arah mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari dengan kemahiran sosial dan kemahiran hidup seharian. Program tersebut bertujuan untuk memberi mereka pengalaman sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan yang sebenar.
Merujuk kepada kajian Rawza 2013, mengatakan bahawa program transisi terhadap pelajar berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran, sangat mendatangkan manfaat kepada pelajar tersebut dari segi kemahiran motor, kemahiran sosial serta daya kreativiti. Apa yang diperolehi dalam program transisi tersebut dapat diaplikasikannya dalam aktiviti sekolah iaitu melalui bakatnya dalam jahitan serta kemahiran menggunakan mesin jahit. Implikasi yang dapat diperolehi melalui program transisi ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar cp (masalah pendengaran) dalam alam pekerjaan pada masa depan kelak.
Berikut merupakan beberapa gambar yang dapat diambil sepanjang program transisi yang dilaksanakan di Teluk Intan,Perak di sebuah syarikat mencetak pakaian.
Pelajar CP sedang menggunting kain untuk dijadikan T-shirt mengikut ukuran. |
Menggunting setiap helaian kain |
Alat yang digunakan untuk memotong kain . |
Sepanjang proses transisi dilaksanakan, beberapa peringkat perlu dilakukan bermula dengan menggunting kain, membuat ukuran saiz (S,M,L,XL), menjahit butang dan melakar tulisan di belakang @ hadapan T-shirt.
Kemahiran asas dalam mesin jahit |
Membuat lubang di bahagian butang T-shirt |
Membuat kolar T-shirt |
T-shirt yang siap dicetak |
Pelajar berjaya menyiapkan sebuah T-shirt |
Apa yang menarik sepanjang proses transisi ini dilaksanakan ialah majikan berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh pelajar sepanjang latihan pekerjaan yang diberi malah turut memohon supaya pelajar tersebut terus bekerja dalam kedai tersebut. tetapi memandangkan pelajar tersebut akan menjalani peperiksaan PMR, jadi perlu ditangguhkan semasa cuti sekolah nanti. Selain itu, apa yang menarik perhatian pengkaji ialah majikan tersebut memberi peluang kepada orang OKU seperti pelajar tersebut untuk menjalani perkhidmatan di syarikatnya.
Secara kesimpulannya, program transisi ini sememangnya memberi faedah kepada pelajar berkeperluan khas. memandangkan mereka mempunyai pencapaian akademik yang agak lemah jadi bakat dan kelebihan yang ada dalam diri perlu digilap dan diperkembangkan supaya tidak terpadam begitu sahaja. pelajar berkeperluan khas ini perlu menonjolkan diri dengan bakat yang istimewa supaya boleh berjaya seperti pelajar normal yang lain juga. jadi pihak yang berkaitan perlu memainkan peranan dalam meneliti dan membuat pemerhatian terhadap bakat yang diminati oleh pelajar tersebut.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment