Tuesday, 30 June 2015

Diam tidak berErti Bisu ~ Mutism~


Di sebalik keriuhan dan kebisingan susasana di dalam kelas prasekolah pada hari itu, kelihatan seorang kanak-kanak sedang termenung dan mengamati segala perlakuan rakan-rakan di sekelilingnya. Dia dilihat seolah-olah memikirkan atau bermonolog dalaman tentang perlakuan yang sedang diperhatikannya.
Turut kelihatan, rakan-rakan perempuan sedang menyanyi sambil bertepuk tangan dan bergelak tawa bersama. Namun, dia masih bertindak sebagai pemerhati sahaja. Tiada sebarang suara, keluhan, atau dengusan yang keluar dari bibir kecil itu  untuk memberi sebarang respon tentang rangsangan persekitarannya. Dia hanya duduk di suatu tempat dan hanya akan bergerak jika mendapat arahan dari guru.
Persoalannya kini, adakah kanak-kanak perempuan tersebut bisu, pekak atau tiada perasaan. ? 
Mari kita kupas permasalahan yang wujud dalam diri kanak-kanak perempuan tersebut.

Mungkin dari dalam kotak fikiran pembaca ialah kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran atau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan perlu ditempatkan di sekolah pendidikan khas. Malah, guru nya turut memberitahu masalah yang sama iaitu kanak-kanak tersebut seolah-olah dalam dunianya sendiri dan tidak mahu mengeluarkan suara walau dengan cara dipaksa atau dengan cara yang berhemah.


 Raidah merupakan seorang pelajar prasekolah berumur 6tahun . Hasil temubual dengan guru beliau, Raidah tidak boleh memberi respon atau mengeluarkan suara sepanjang berada disekolah. Dari segi kemahiran sosial ialah, Raidah kurang gemar bergaul dan tidak bermain bersama dengan rakannya. Sikap pasif Raidah ialah duduk di satu tempat, tidak memberi respon semasa pdp, tidak bergaul dan tidak mahu bergerak aktif. adakala rakan-rakan turut memaksa Raidah bercakap dan bermain bersama. 
Apa yang menjadi persoalannya ialah, menurut Pembantu Pengurusan Murid, apabila Raidah melepasi pagar sekolah untuk balik dan berjumpa dengan ayahnya, Raidah boleh mengeluarkan suara dan bertindak secara aktif seperti kanak-kanak normal yang lain. Raidah melompat-lompat kegirangan apabila ayahnya datang menjemput. 

Kajian intervensi dilaksanakan oleh Azwar (2014) untuk mengkaji dan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul daripada diri Raidah. Pemehatian dilakukan selama 2 minggu, terbukti Raidah memang sukar dan enggan untuk mengeluarkan suara. apa yang dapat diperhatikan ialah Raidah memang tidak mahu bergaul dengan sesiapa ketika waktu makan atau bermain. 



Berikut adalah ciri-ciri tingkahlaku yang terdapat pada subjek kajian semasa pemerhatian.

  -->Tidak mahu respon dengan sebarang soalan yang ditanya
  -->Tidak wujud interaksi sosial ketika bersama dengan rakan-rakan dalam kelas
  -->Mengasingkan diri ketika sebarang aktiviti dalam kelas termasuk waktu rehat
  -->Mengikut arahan guru tanpa bantahan
  -->Menggelengkan kepala apabila enggan menerima pelawaan rakan


Terdapat 3 strategi yang dilaksanakan sepanjang menjalankan kajian intervensi terhadap subjek. 
Strategi dilakukan mengikut langkah demi langkah. Apa yang didapati ialah ketiga-tiga strategi tersebut 
memperoleh respon yang tidak memberangsangkan dimana subjek tidak memberi sebarang rangsangan 
daripada percakapan. Strategi-strategi tersebut ialah seperti bercerita, menyanyi dan menari .


Dapatan Kajian
~~Mutism~~
Apabila seorang kanak-kanak yang disifatkan oleh ibu bapa mereka sebagai ceria, petah ketika bercakap dan begitu menghiburkan ketika mereka di rumah tetapi ternyata berbeza tingkah laku semasa di sekolah, ada kemungkinan ia menghadapi "Selective Mutism" atau "membisu selektif" iaitu sejenis gangguan emosi yang melanda kanak-kanak yang menyebabkan mereka tidak bercakap atau tidak mahu berkomunikasi pada situasi atau tempat tertentu seperti di tadika atau sekolah dan sebagainya sedangkan mereka adalah kanak-kanak yang normal. Situasi ini biasanya dikaitkan dengan rasa malu yang melampau di kalangan kanak-kanak atau gangguan rasa takut untuk bersosial.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah 'kebisuan' ini sebenarnya ingin bercakap tetapi disebabkan kebimbangan, kerisauan dan ketakutan menguasai diri, mereka akhirnya bertindak untuk membisu seibu bahasa pada keadaan atau tempat tertentu. 
Perkara-perkara tersebut yang berlaku kepada raidah, dimana dia berasa takut untuk bercakap dan menunjukkan respon yang baik terhadap rakan-rakan yang lain. tetapi apabila di rumah, dia seolah-olah berubah menjadi kanak-kanak yang hiperaktif dan lebih agresif. 

Seterusnya, pengkaji mengadakan  temubual bersama dengan ibu Raidah di rumah. Melihat tingkah laku Raidah, sangat berbeza berbanding di prasekolah. Di rumah, Raidah menjerit, bermain, senyum, berkeliaran , dan boleh bermain bersama dengan adiknya.Ibunya turut memperkatakan perkara yang sama dimana beliau merasa pelik dgn perlakuan berbeza yg ditunjukkan semasa di prasekolah dan di rumah. 
Kajian ini mengenalpasti beberapa punca kepada kajian kes yang ditunjukkan oleh Raidah iaitu
1. Raidah mengalami trauma kerana pernah dimarahi atau ditegur oleh guru tadikanya yg agak garang.
2. Raidah merasa bosan berada di prasekolah tersebut kerana sejak  dari umur 5 tahun berada di kelas dan situasi yang sama.
3. Raidah lebih selesa dan seronok bermain dengan adiknya di rumah berbanding rakan-rakan yang ada di prasekolah.

Kesimpulannya, ibu bapa dan guru tadika perlu 'alert' dgn ciri-ciri kanak-kanak yg mengalami 'mutism' ini kerana dikhuatiri memberi kesan berpanjangan apabila berada di Tahun satu nanti. Justeru, Raidah perlu diberi perhatian dan nasihat yang sepatutnya supaya boleh berkelakuan seperti kanak-kanak normal yang lain.

Sekian.

1 comment:

  1. Ni kira diam2 berisi le ye Prof.. tapi kalau diam memanjang, bagaimana pula? Langsung tiada interaksi dan betul-betul membisu le..? Jadi macamane hendak berkomunikasi dengan orang macam ni ye prof?

    ReplyDelete